PANDANG RENDAH PADA AMANAH SANGAT SILAP BESAR
Ngobrol tentang AMANAH..
Semasa beberapa rakan dari PAS mengambil keputusan keluar dan menyertai AMANAH, aku agak terkejut kerana mereka sebelum ini sangat taksub dan merupakan core jentera pilihanraya malah kawan aku ini juga merupakan calon pilihanraya yang kalah dengan umno.
Aku lontarkan saolan kenapa (?)
Jawapan yang aku dapat masih tersemat dalam kepala bahawa mereka keluar kerana kecewa dengan kepimpinan yang mengambil keputusan keluar dari PR atas faktor DAP juga PKR yang tidak menyokong hasrat Hadi membentangkan usul persendirian RUU 355 TANPA
(1) membincangkannya terlebih dahulu di peringkat kepimpinan tertinggi PR dan
(2) sekaligus tidak dibawa kehadapan Raja² Melayu untuk mendapat perkenan sebelum dibentangkan sedangkan mengikut
(3) persetujuan dan perjanjian bersama, sesuatu usul dan pembentangan yang besar mesti dibawa bincang dalam majlis tertinggi PR untuk fahaman dan resolusi bersama.

Itukah ciri pengurusan seorang pemimpin Islam (?)
Hakikatnya ia bukan soal paksa tetapi tanggungjawab dan janji.
Pertelingkahan berterusan sehingga lim guan eng melabelkan "janji pas tidak boleh dipakai (dipercayai) sangat mencalar imej Islam, kemunafikan nyata.
PAS tarik diri dari PR dalam keadaan "sendiri yang bersalah".
Jelas lagi sahabat saya ini, itulah punca mereka tidak menyokong PAS tarik diri dari PR kerana mungkir janji dan salah sendiri.
Banyak lagi rentetan kecil yang tidak ingin dinyatakan.
Perkara sebenar yang mahu dicatat dan diingat sebenarnya adalah walaupun AMANAH ini masih dalam kategori baru tetapi kualiti yang ada pada mereka jauh mengatasi PKR dan BERSATU dan setaraf dengan DAP, UMNO dan PAS dari segi pengalaman, kecekalan, kental, berdisiplin dan semangat perjuangan yang tinggi.
Mereka merupakan asal usul pembangkang tulin sejak azali.
Mereka merupakan majoriti hard core, barisan hadapan, taksub, panglima semasa berada di dalam PAS dahulunya. Mereka penggerak utama dan bertungkus lumus sebagai jentera pilihanraya sehingga PAS boleh cemerlang di PRU13.
Sebab itulah apabila mereka keluar dan menubuhkan AMANAH, jumlah yang mengikut agak ramai sehingga di katakan 40% dan sangat nyata PAS mula dilihat kurang kemas selepas itu.
Kekuatan AMANAH adalah kepada kesepakatan kata sesama mereka, mempunyai kepimpinan pelapis yang mantap, tidak ada puak dan kumpulan, tidak ada yang tikam belakang atau keras kepala.
Oleh itu bagi sesiapa yang memandang rendah terhadap AMANAH sangat silap besar. Kesederhanaan, kompromi dan cool AMANAH jangan diambil terlalu mudah.
Seperti umno yang gerun dengan BERSATU, begitulah juga PAS yang sangat cemas dengan AMANAH.
Posted by Kluangman
No comments:
Post a Comment