Pages

Sunday 4 February 2018

[Video Tun Mahathir~ Majlis Penasihat India Malaysia Pesta Ponggal Vannier] PAS mahu tubuh Kabinet berbeza untuk Islam, bukan Islam.

Ahad, 4 Februari 2018

PAS mahu tubuh Kabinet berbeza untuk Islam, bukan Islam

PAS mahu tubuh Kabinet berbeza untuk Islam, bukan Islam
Hadi Awang hari ini mengatakan jika PAS memerintah akan ada dua Kabinet. Salah satunya boleh dianggotai oleh orang bukan Islam. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 4 Februari, 2018.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata, setiap kaum akan diberi peranan tersendiri dalam pentadbiran PAS jika parti Islam itu berjaya membentuk kerajaan persekutuan.
Kenyataannya hari ini berbeza dengan pendiriannya bulan lepas, yang menegaskan bahawa PAS mahu kerajaan diterajui orang Melayu-Islam sahaja.
Hari ini, beliau berkata PAS bercita-cita untuk menubuhkan dua Kabinet berbeza dalam pentadbiran kerajaan.
“Jika PAS memerintah, ia akan terbahagi kepada dua – (satu), Kabinet yang buat keputusan tentang dasar negara. Ini perlu terdiri daripada mereka yang memeluk ideologi dan kepercayaan nasional.
“Kabinet itu akan melantik Kabinet Eksekutif yang akan melaksanakan dasar dan ahlinya boleh terdiri daripada orang bukan Islam, dilantik berdasarkan kepakaran mereka,” kata ahli Parlimen Marang itu ketika berucap dalam program dialog bersama NGO India di Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini.
Kumpulan kedua pula adalah teknokrat yang akan melaksanakan dasar kerajaan, katanya.
“Teknokrat ini boleh dari Parlimen atau sektor swasta,” kata Hadi.
Hadi mengatakan Islam masih membenarkan orang bukan Islam berada dalam Kabinet walaupun Malaysia adalah negara majoriti Islam.
“Ini berbeza dengan demokrasi barat di mana jika Demokrat menang pilihan raya, Kabinet dan pegawai kerajaan hanyalah ahli Demokrat. Begitu juga dengan kerajaan parti Konservatif, Republikan atau Buruh.”
Dalam sesi soal jawab, Hadi mengatakan kaum India tidak akan dipinggirkan daripada Kabinet PAS.
“Orang India adalah kumpulan etnik terbesar selepas orang Cina. Jika kita perintah negara, ia perlu melibatkan kaum lain. Kerajaan tidak boleh terdiri daripada PAS sahaja.
“Ini sangat penting dalam eksekutif. Kita perlu menghormati kepakaran semua kaum.”
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Mohan Apparoo dari Pembangunan Ekonomi Global India Malaysia sama ada terdapat peranan untuk orang India dalam Kabinet Persekutuan PAS.
TMI.

No comments:

Post a Comment