Pages

Saturday, 24 February 2018

[Video WARISAN Nak Humban Perasuah Najib Umno Sabah Demi UBAH] Dah gila agaknya! "Setiap butir beras yg kita makan kerana Umno" KENAPA NAJIB MAKAN KUINOA?

Ahad, 25 Februari 2018

Image result for Gambar setiap butir beras perjuangan umno

Image result for Gambar setiap butir beras perjuangan umno

Related image

Anak Najib bisnes Quinoa?

Kata kunci Quinoa atau Kuinoa menjadi trending serata dunia susulan pengakuan Najib memakannya sebagai penganti beras hasil syor anaknya untuk menjaga kesihatan.
Ulasan oleh Shahbudin Husin

JIKA SETIAP BUTIR BERAS ADALAH HASIL PERJUANGAN UMNO, KENAPA NAJIB MAKAN KUINOA?

Tidak pasti sejak bila Najib Razak tidak mengambil nasi sebagai makanan hariannya - adakah sejak dulu lagi, sejak bergelar Perdana Menteri atau sejak dalam akaun banknya ada wang berjumlah RM2,600 juta?

Pendedahan Najib mengenai kuinoa sebagai makanan hariannya bagi menggantikan nasi bukan saja menarik perhatian ramai, malah menimbulkan beberapa persoalan.

Ini kerana ramai yang tidak tahu apa itu kuinoa, malah tidak kurang yang baru pertama kali mendengar atau mengetahui nama bijirin tersebut hanya setelah Najib menyebut mengenainya.

Kuinoa dilaporkan adalah bijiran yang berasal dari Peru dan merupakan makanan ruji masyarakat Inca di mana mereka telah menanamnya sejak kira-kira 3,000 tahun lalu.

Kuinoa adalah berasaskan protein, tetapi kurang mengandungi gula dan kuran karbohidrat. Oleh yang demikian, ia lebih sihat berbanding nasi.
Namun, berikutan pengakuan Najib mengenai pengambilan kuinoa itu, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng telah membuat semakan mengenai harganya dan membuat perbandingan dengan harga beras.

Semakan beliau mendapati harga kuinoa untuk paket 250 gram ialah RM14.70 atau RM591.60 jika beratnya 10 kilogram.

Bagi beras Jasmine Super Special pula, harga untuk 10 kilogram ialah RM25.85.

Berdasarkan perbezaan harga yang jauh ketara itu, Lim menyifatkan Najib sebagai tidak memperdulikan kesusahan rakyat yang setiap hari terbeban dengan kenaikan kos sara hidup melalui pengambilan kuinoa sebagai makanan hariannya.
Untuk apa Najib mendedahkan mengenai makanannya yang mahal itu?

Adakah pengakuan mengenai pengambilan kuinoa itu, selain untuk kesihatan, Najib mahu memberitahu beliau mempunyai kedudukan yang berbeza dengan rakyat biasa?

Adakah beliau tidak sensitif kepada derita dan permasalahan rakyat biasa?

Lebih dari itu, bukankah sebelum ini Najib pernah berkata, setiap butir beras yang kita makan setiap hari adalah hasil daripada perjuangan UMNO?

Jika beras yang menghasilkan nasi adalah hasil titik peluh perjuangan UMNO seperti yang pernah didakwanya, kenapa Najib sebaliknya memakan kuinoa?

Kuinoa itu hasil perjuangan siapa?

Apakah Najib semakin melupai kata-katanya sendiri dan bagaimana pemimpin seperti ini boleh kita harapkan untuk terus memimpin rakyat dan negara? (ShahbudinHusin  23/02/2018)

1 comment: