Proses menyelamatkan bas amfibia di Sungai Terengganu.
Bas amfibia - Pakai seminggu dua dah rosak?
MB pandu uji, akui sebabkan bas amfibia rosak
KUALA TERENGGANU, 14 Mac — Menteri besar Terengganu meminta maaf kerana merosakkan bas amfibia di Sungai Terengganu.
Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata cara pemanduannya menyebabkan hos yang menghubungkan tekanan udara dan gas bas tercabut, lapor Sinar Online.
“Mungkin kesilapan saya tak bawa bas itu secara perlahan, saya tak pernah bawa, jadi saya terus pecut laju (cecah 8 knot) kelajuan,” katanya.
Mengakui keperluan lesen untuk memandu bas itu, beliau yang pernah menaiki bas sama di Hunggary, memandu uji bagi menilai tahap keselamatan kenderaan tersebut.
Namun, kejadian itu membolehkan Ahmad Razif melihat sendiri proses menyelamat yang hanya memakan masa 10 minit.
“Bila dah berlaku keadaan (hos untuk blower tercabut), saya minta supaya jangan pasang semula, saya nak lihat kaedah operasi menyelamat berlaku,” katanya.
.themalaymailonline
No comments:
Post a Comment