Pages

Monday, 12 March 2018

[Video Berita palsu: Menteri bukan pandai sangat pun & Dunia buktikan Najib Jho Low penyamun 1MDB - Muhyiddin] Berita palsu 1MDB kaitkan Najib: Siasat media asing, pihak antarabangsa, kata Muhyiddin.

Isnin, 12 Mac 2018



Berita palsu 1MDB kaitkan Najib: Siasat media asing, pihak antarabangsa, kata Muhyiddin

Berita palsu 1MDB kaitkan Najib: Siasat media asing, pihak antarabangsa, kata Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin berpandangan kerajaan harus mengambil tindakan mengenai penyebaran berita palsu membabitkan laporan media asing berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, laporan media asing yang mendedahkan mengenai 1MDB sejak dua tahun lalu.
“Rakyat bebas bersuara. Jika di Malaysia tidak boleh nak tanyakan sesuatu bermakna hak bersuara rakyat sudah hilang.
“Mengapa MCMC tidak mengambil tindakan terhadap pihak dan media antarabangsa mengenai laporan 1MDB. Sudah dua tahun laporan yang dikeluarkan pihak berkenaan.
“Menteri kena ingatlah dia bukan pandai sangat pun…kadang terdapat berita palsu itu datang dari sana,”ujarnya dalam sidang media diadakan di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya hari ini.
Beliau diminta memberikan komen mengenai kenyataan Timbalan Menteri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Datuk Seri Jailani Johari, semalam, yang dipetik berkata, Kementerian Komunikasi dan Multimedia memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terus menyiarkan berita palsu terutamanya berkaitan 1MDB.
Dalam usaha kerajaan menangani gejala fitnah dan berita palsu dalam negara, beberapa isu turut disemarakkan oleh sumber-sumber dari luar negara.
Terbaru, kata Johari lagi, dalam usaha mencemar dan menjatuhkan kredibiliti Yang Amat Berhormat Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) kementerian telah mengenal pasti beberapa portal berita dalam talian yang telah menyemarakkan kembali isu 1MDB, susulan rampasan sebuah kapal mewah yang dirampas pihak berkuasa negara Indonesia di Bali pada 3 Mac lalu.
Kata Muhyiddin lagi, kerajaan harus menyelidik laporan yang disebarkan media asing dan antarabangsa untuk memastikan kesahihannya dan bertindak sewajarnya mengikut mana-mana perundangan yang ada di negara ini.
Dalam sidang dewan rakyat pada 6 Mac lalu, Speaker Dewan Rakyat menolak usul meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak menjelaskan kenyataan peguam negara yang kerajaan tidak akan menuntut kapal layar mewah, Equanimity yang disita di Bali, minggu lalu.
Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul dibawakan Gooi Hsiao Leung (Alor Setar-PKR) dengan alasan ia tidak mematuhi Peraturan Mesyuarat 18 Dewan Mesyuarat.
“Jika tiada cara untuk menyangkal dakwaan yang tidak berasas yang dikemukakan banyak pihak yang berintegriti itu, mengapa tidak boleh nak jawab.
“Jangan nak suruh rakyat diam, kalau diam makna rakyat bersetuju (pembohongan) berlaku,” ujarnya Muhyddin lagi.
MD,

No comments:

Post a Comment