Pages

Tuesday, 20 March 2018

[Video HIDUP WARISAN Sabah!] Penganalisis jangka lebih banyak kerusi BN tumbang di Sabah.

Rabu, 21 Mac 2018



Presiden Warisan, Shafie Apdal berdepan cabaran besar berdepan gandingan Musa Aman-Salleh Keruak. Kelemahan calon Warisan serta tiadanya perpaduan dalam kalangan parti pembangkang negeri akan menyukarkan keadaan. รข€“ Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Mac, 2018.
Presiden Warisan, Shafie Apdal berdepan cabaran besar berdepan gandingan Musa Aman-Salleh Keruak. Kelemahan calon Warisan serta tiadanya perpaduan dalam kalangan parti pembangkang negeri akan menyukarkan keadaan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Mac, 2018.

Penganalisis jangka lebih banyak kerusi BN tumbang di Sabah


PENGANALISIS beranggapan kegagalan Warisan dan parti pembangkang lain untuk bersatu akan menyukarkan usaha menumbangkan Barisan Nasional (BN) di Sabah dalam pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun, parti pembangkang terbabit berpeluang meraih lebih banyak kerusi Parlimen walaupun mereka mungkin tidak dapat mengambil alih kerajaan negeri, kata Dr Arnold Puyok dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).
Seorang lagi penganalisis politik, Dr Zaini Othman berkata, prestasi BN di setiap kawasan dan kewibawaan wakil rakyatnya akan mempengaruhi undi di kalangan warga Sabah.
Golongan bumiputera Islam seperti Bajau, Melayu dan subetnik Kedayan membentuk kira-kira 52% daripada pengundi Sabah. Ia diikuti kumpulan masyarakat Kadazan Dusun Murut yang membentuk 28% pengundi, dan juga 13% pengundi Cina.
Satu tinjauan oleh Merdeka Center tahun lalu menyebut, Umno merupakan parti paling disukai berbanding semua parti politik. 50% daripada responden yang ditinjau melihat Umno dengan positif, berbanding 42% yang melihat parti itu dengan negatif.

Dalam pada itu, majoriti pengundi Cina yang memilih pembangkang pada PRU13 pula dijangkan akan kekal bersama pembangkang dalam pilihan raya akan datang, kata Puyok.
Peningkatan pengaruh Warisan, PKR dan DAP di kalangan pengundi Kadazan Dusun Murut dan pengundi Cina akan membantu mereka merampas dua atau tiga lagi kerusi Parlimen yang dimenangi dengan majoriti tipis oleh BN, katanya.
Ini termasuk kawasan Pensiangan, Kota Marudu dan Beaufort, yang kesemuanya dimenangi dengan majoriti kurang daripada 2,000 undi.
Walaupun Sabah mempunyai pelbagai parti pembangkang kecil, pengaruh mereka tidak dapat mengatasi parti pembangkang nasional seperti PKR dan DAP, katanya.
Dalam PRU13, DAP dan PKR berjaya mendapat jumlah undi popular yang tiga kali ganda lebih besar berbanding undi diperolehi parti tempatan seperti Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Reformasi Negeri (Star). 
Puyok melihat, kehadiran Shafie dalam barisan pembangkang menarik perhatian rakyat negeri itu.
TMI.

No comments:

Post a Comment