Pages

Tuesday, 20 March 2018

[Video MAHATHIR KATA HADI TAK FAHAM GST & Rakyat Kelantan Menerima Pakatan Harapan?] NGO buat laporan polis, doa pemimpin Pas Selangor nafi peranan Sultan.

Selasa, 20 Mac 2018


Image may contain: crowd, text and outdoor
Let The Picture Speak For Itself.

NGO buat laporan polis, doa pemimpin Pas Selangor nafi peranan Sultan

NGO buat laporan polis, doa pemimpin Pas Selangor nafi peranan Sultan

Gabungan badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis ekoran doa yang dipimpin oleh Timbalan Ketua Dewan Ulamak Pas Selangor, Ahmad Dusuki Abd Rani pada 17 Mac lalu.
Wakil gabungan 10 pertubuhan itu, Ishak Harun berkata, kandungan doa tersebut yang disiarkan secara langsung melalui Facebook Pas Selangor itu turut mempertikai kedudukan Sultan dan institusi Islam.
“Jadi, seolah-olah menafikan peranan Jabatan Agama Islam Selangor, Mais bahkan peranan Sultan sendiri sebagai ketua agama Islam,” tegasnya kepada pihak media selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Pengerusi Kelab Prihatin Ummah Selangor berkenaan menyifatkan seolah-olah Pas sahaja membawa ajaran Islam selepas membaca dua petikan doa Dusuki itu.
“Kami memohon, mengadu kepada-Mu Ya Allah betapa lamanya bumi Selangor ini dijajah dengan suasana yang tidak (dengan) cara agama.
“Hanya kami membawa ajaran-Mu ini Ya Allah. Jika kamu rebahkan kami, siapa lagi yang mampu untuk membawa agama-Mu ini. Hanya kami daripada Parti Islam Se-Malaysia, Pas, membawa ajaran agama-Mu,” dipetik daripada doa Dusuki.
NGO yang turut membuat laporan polis itu antaranya, Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar, Persatuan Masyarakat Penyayang Selangor, Pertubuhan Kebajikan Ihsan Ummah Selangor dan Anak Prihatin Malaysia.
Dusuki yang juga ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam doanya sempena sambutan 10 tahun Pas berada dalam kerajaan negeri Selangor itu turut mendoakan agar Allah melemahkan “pakatan yang jahat”.
“Ya Allah jadikanlah pakatan yang jahat itu, pakatan yang tidak mempunyai kekuatan Ya Allah, sebagaimana Kamu telah meleburkan tentera-tentera ahzab itu Ya Allah,” pintanya.
Penceramah itu juga berdoa supaya kubur pengundi Pas menjadi “damai dan tenang” selain setiap ahli dan penyokong Pas “semuanya dalam syurga”
MD.

No comments:

Post a Comment