Pages

Wednesday, 21 March 2018

[Video Pakar Forensik Akaun: Membedah Laporan PAC Tentang 1MDB, Pilih Tinggalkan Umno] Bukan tugas polis untuk lindungi Rosmah, kata pemimpin Pakatan.

Khamis, 22 Mac 2018

Imej yang berkaitan
Tumpang sekole.

Bukan tugas polis untuk lindungi Rosmah, kata pemimpin Pakatan

Bukan tugas polis untuk lindungi Rosmah, kata pemimpin Pakatan
Pemimpin pembangkang tidak bersetuju dengan tindakan polis menahan presiden Anak kerana isteri perdana menteri, Rosmah Mansor boleh mengemukakan saman sivil jika terbukti kenyataan dikeluarkan fitnah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Mac, 2018.

PEMIMPIN Pakatan Harapan (PH) menyelar tindakan polis menahan Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, mengatakan bukan tugas pihak berkuasa itu untuk melindungi isteri perdana menteri, Rosmah Mansor.
Pemimpin Amanah Mahfuz Omar berkata, walaupun laporan polis dibuat peguam Rosmah terhadap Mazlan berhubung ceramahnya, polis sepatutnya membiarkan sahaja isteri perdana menteri mengemukakan saman sivil jika terbukti presiden Anak memfitnah.
"Tak wajar polis tahan Mazlan, bukan tugas polis untuk lindungi Rosmah, sepatutnya Rosmah melindungi diri sendiri.
"Ini bukan soal negara, ini soal peribadi Rosmah, jika terbukti Mazlan memfitnah, Rosmah boleh kemukakan saman sivil terhadapnya," kata pemimpin Amanah itu kepada The Malaysian Insight.
Mazlan, 52, ditahan polis jam 1.35 pagi tadi berhubung kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Beliau hanya diberitahu penahanan itu ada kaitan dengan ceramahnya berkenaan Rosmah.
Pada 19 Mac, peguam Noor Hajran Mohd Noor yang mewakili Rosmah membuat laporan polis mendakwa Mazlan menyebarkan fitnah menerusi video di laman Youtube yang mengaitkan isteri perdana menteri itu dengan projek ikan sturgeon.
Ini bukanlah kes pertama seumpamanya mengikut peruntukan undang-undang yang sama.
Minggu lalu, Mahkamah Sesyen Shah Alam menetapkan seorang perunding bangunan yang menggunakan nama "Ratu Naga" di Facebook dibicarakan atas tuduhan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana menghina Najib di platform media sosial itu pada 2015.
Bulan lalu, seorang suri rumah yang mengaku dirinya kerabat diraja minta dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas tuduhan menghina Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V melalui Facebook, pada April tahun lalu.
Putrajaya ketika ini sedang dalam usaha menggubal rang undang-undang bagi mengekang penyebaran berita palsu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman Said dilaporkan sedang mendapatkan maklum balas pelbagai pihak berhubung cadangan rang undang-undang berkenaan yang diakan dibawa ke peringkat Kabinet sebelum dibentangkan di Parlimen.
Sementara itu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata tangkapan dilakukan polis terhadap Mazlan terlalu drastik dan memandangkan ia berkaitan dengan kandungan ceramah, seharusnya boleh diselesaikan dengan sesi soal jawab sahaja.
"Adakah ini bermakna pasca undang-undang anti berita palsu, pembangkang akan terus ditekan dan dizalimi demi melenyapkan sebarang usaha melawan rasuah dan salah guna kuasa," katanya.
Awal pagi ini, Mazlan yang juga ahli jawatankuasa Amanah, menulis di Facebook mengatakan beliau ditahan di rumahnya di Felda Bukit Ramun, Kulaijaya.
Beliau ditahan anggota polis dari IPK Johor yang diketuai ASP Mohd Hasrudi Mohd.
“Mulanya saya persoal, tak bolehkah tunggu siang. Dia (polis) kata arahan,” katanya. – 22 Mac, 2018.
MD.

No comments:

Post a Comment