Pages

Thursday, 22 March 2018

[Video Persempadanan Semula Kawasan PRU dibentang Rabu 28 Mac & Aku Bekerja Siang Malam, Kamu ambil Ratusan Juta!] Mazlan Aliman PECAH RAHSIA isteri Najib dibelakang Projek IKAN STURGEON yang lingkup! Solidariti Mazlan Aliman di hadapan Lokap Bersekutu Jinjang malam ini.

Khamis, 22 Mac 2018


Laporan Polis DS Rosmah Mansor Ke Atas Mazlan Aliman Berkaitan Isu Ikan Sturgeon
KENYATAAN MEDIA
LAPORAN POLIS BERKENAAN VIDEO BERUNSUR FITNAH TERHADAP DATIN PADUKA SERI ROSMAH MANSOR
Untuk Edaran Segera
Isnin, 19 Mac 2018
Pada 19 Mac 2018, saya telah diarahkan oleh anak guam saya, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor untuk membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul berkenaan sebuah video yang dimuatnaik di laman 'Youtube' bertarikh 7 Mac 2018 yang diberi tajuk "MAZLAN ALIMAN AMANAH-PECAH RAHSIA: ISTERI NAJIB RAZAK DIBELAKANG PROJEK IKAN STURGEON YG LINGKUP"
Video yang dimuatnaik oleh pemilik akaun dengan nama samaran 'Cap Kapak' ini memamparkan ucapan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka FELDA (ANAK) merangkap Ahli Majlis Tertinggi Parti Amanah Negara (PAN), Saudara Mazlan Aliman yang secara terang menuduh anak guam saya terlibat dalam beberapa projek pelaburan yang dirancang dan dilaksanakan oleh FELDA termasuk projek penternakan ikan Sturgeon.
Kenyataan Saudara Mazlan Aliman tersebut yang kononnya berdasarkan maklumat daripada seorang pegawai FELDA adalah satu tuduhan dan fitnah jahat yang dibuat tanpa adanya sebarang bukti serta asas yang kukuh. Tuduhan sebegini telah menyebabkan terjadinya buruk sangka di kalangan netizen lantas menjejaskan reputasi dan integriti anak guam saya. 
 
Setelah berbincang dengan anak guam saya, saya telah diarahkan untuk membuat satu laporan polis berkenaan video tersebut. Kami menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.

NoorHajran Mohd Noor
Peguambela Peguamcara
Messrs. NoorHajran Mohd Noor.

khairulryezal.blogspot

Solidariti Mazlan Aliman di hadapan Lokap Bersekutu Jinjang malam ini

Solidariti Mazlan Aliman di hadapan Lokap Bersekutu Jinjang malam ini

Pemuda Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan perhimpunan aman di hadapan Lokap Bersekutu Jinjang bermula jam 9.30 malam ini bagi menyatakan sokongan kepada Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman yang kini ditahan reman.
“Ekoran penahanan bermotifkan politik yang dibuat ke atas Saudara Mazlan Aliman, Pemuda HARAPAN Malaysia akan mengadakan solidariti di depan Lokap Bersekutu Jinjang pada jam 9.30 malam ini.
“Rakan-rakan media, aktivis dan seluruh rakyat dijemput hadir,: kata pengarah Mobilasi Pemuda PH Shazni Munir Mohd Ithnin.
Mazlan ditahan polis jam 1.35 pagi tadi dan dibawa ke IPD Kulai.
Beliau kemudiannya dibawa ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur untuk mendapatkan perintah tahanan reman sebelum dibawa ke Lokap Bersekutu Jinjang.
Mazlan ditahan di kediamannya di Felda Bukit Ramun, Kulaijaya oleh sepasukan polis dari IPK Johor diketuai ASP Mohd Hasrudi Mohd Zain.
Dilaporkan tangkapan dibuat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi.
Pada Isnin lalu, peguam isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor telah membuat laporan polis di IPD Sentul berhubung video ucapan Mazlan di YouTube yang didakwa menjejaskan reputasi Rosmah.
Ianya berhubung dakwaan Mazlan bahawa Rosmah terlibat dalam projek ternakan ikan Sturgeon oleh Felda Global Ventures (FGV) yang mengakibatkan anak syarikat Felda itu kerugian ratusan juta ringgit.


No comments:

Post a Comment