POLITIK LONGKANG HADI
Jika minta dipilih antara hadi dan najib, saya masih memilih najib sebagai pembangkang selepas PRU14!
Posted by Kluangman
Pakatan menang PRU14 walaupun 3 penjuru, kata Invoke (kajian Dec 2017 yang lalu)
Diterbitkan pada 19 Dec 2017
Pengasas Invoke, Rafizi Ramli berkata kaji selidik yang dijalankan antara November dan Disember tahun ini menunjukkan Pakatan Harapan boleh menang 115 daripada 222 kerusi Parlimen. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Disember, 2017.
PAKATAN Harapan (PH) akan menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya sentimen pengundi yang menolak Barisan Nasional (BN) sekarang berterusan, walaupun berlaku pertandingan tiga penjuru, kata badan kaji selidik Invoke.
Pengasas Invoke, Rafizi Ramli berkata kaji selidik yang dijalankan antara November dan Disember tahun ini menunjukkan PH boleh menang 115 daripada 222 kerusi Parlimen.
Kaji selidik Invoke itu juga menunjukkan PAS langsung tidak akan menang satu pun kerusi Parlimen dalam pertandingan tiga penjuru.
"Tahap sokongan pengundi kepada PAS telah jatuh merudum dalam tempoh 12 bulan," kata Rafizi dalam satu kenyataan media, hari ini.
"Hanya 14% pengundi Melayu menyatakan akan mengundi PAS dalam pertandingan 3 penjuru, jatuh 11% berbanding 25% pengundi Melayu yang memilih PAS dalam kaji selidik yang sama Januari 2017 lalu."
Kajian itu juga menunjukkan sebahagian besar pengundi PAS memilih untuk menyokong PH jika hanya ia dan BN bertanding, iaitu sebanyak 51% mengundi PH berbanding 28% yang akan mengundi BN.
Menurut Rafizi, kaji selidik Invoke itu mendapati pertembungan tiga penjuru pada PRU14 tidak akan menguntungkan Umno dan BN sementara sokongan pengundi Melayu ke atas Umno dan PAS semakin merosot.
"Hanya 41% dari pengundi Melayu di seluruh negara menyatakan akan mengundi Umno jika PRU dipanggil dan berlaku pertandingan tiga penjuru," kata Rafizi.
TMI.
No comments:
Post a Comment