Pages

Thursday, 8 March 2018

[Video Viral Pekerja Kilang Tak Dapat Gaji Lagi] Dari BERNAS ke Astro, HARAPAN janji hapuskan monopoli.

Khamis, 8 Mac 2018

Dari BERNAS ke Astro, HARAPAN janji hapuskan monopoli



Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam manifesto 138 muka surat yang dilancarkan malam ini berjanji untuk menyelesaikan masalah monopoli di negara ini.
Menurut manifesto berkenaan, antara lain monopoli oleh syarikat seperti BERNAS dalam pengeluaran beras, Astro dalam sektor penyiaran dan lain-lain akan dikaji semula.
Begitu juga, HARAPAN dalam manifestonya berjanji akan berusaha memecahkan monopoli ubat-ubatan.
Gabungan itu berkata ia akan menggalakkan persaingan kesihatan agar pengguna memperoleh ubat dengan harga yang kompetitif.
HARAPAN menambah ia juga akan mengkaji semula perjanjian dengan syarikat konsesi lebuh raya dengan matlamat menghapuskan tol secara beransur-ansur.
Bagaimanapun, ia memberi jaminan bahawa syarikat konsesi akan diberi pampasan sewajarnya.
Mengenai pelaburan asing, HARAPAN berkata ia akan menggalakkan pelaburan berterusan dari negara China dan negara-negara Asia lain walaupun sebelum ini mengkritik langkah diambil BN.
Bagaimanapun, ia berkata kajian semula akan dijalankan ke atas pelaburan sedia ada, terutamanya yang melibatkan projek mega.
"Kerajaan Pakatan Harapan akan menggalakkan pelaburan berterusan dari negara China dan negara-nagara Asia yang lain, setelah semua perjanjian projek mega yang diumumkan sebelum ini diteliti semula untuk memastikan tiada salah laku dan rasuah," katanya.
HARAPAN menambah gabungan itu mahu memastikan pelaburan berkenan akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia termasuk perusahaan kecil dan sederhana Bumiputera.

No comments:

Post a Comment