16 anggota cabar kesahihan Umno sebagai parti yang sah
Pendaftaran Umno didakwa terbatal selepas gagal membuat pemilihan berdasarkan perlembagaannya.
Sejumlah 16 anggota Umno memfailkan permohonan di mahkamah untuk mencabar kesahihan Umno kerana menangguhkan pemilihan parti itu.
Menurut Malaysiakini, permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Anggota Umno berkenaan diwakili peguam Mohd Haniff Khatri Abdulla.
Mohd Haniff juga bertindak bagi pihak bekas presiden Umno dan pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad, lapor laman itu lagi.
Sebelum ini, bekas Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Rafidah Aziz memuat naik dalam facebooknya pandangan seorang peguam kanan bahawa Umno tidak sah bertanding dalam PRU 14 ini.
“Saya terima tafsiran perundangan berikut dari seorang kawan.
“Saya berpendapat ianya perlu diketahui dan direnungi oleh (orang) awam.
“Ia bukan ‘Fake News’ (berita palsu), tetapi adalah pandangan dilihat dari segi Perlembagaan Umno sendiri.
“Silalah baca seterusnya,” tulis Rafidah.
Menurut tulisan itu, Umno tidak sah bertanding pada PRU ke-14 ini kerana secara automatik parti itu sudah terbubar selepas 19 April 2018.
Cawangan Umno pula terbatal secara automatik selepas 1hb Mac 2018, kata tulisan itu.
MD.
16 anggota cabar kesahihan Umno di mahkamah
Seminggu sebelum hari penamaan calon bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14), seramai 16 anggota Umno memfailkan permohonan di mahkamah untuk mencabar kesahihan Umno kerana menangguhkan pemilihan parti itu.
Malaysiakini difahamkan permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Anggota Umno berkenaan diwakili peguam Mohd Haniff Khatri Abdulla.
Mohd Haniff juga bertindak bagi pihak bekas presiden Umno dan pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN), Tun Dr Mahathir Mohamad.
Terdahulu dalam tulisan di blog, Mohd Haniff berkata Umno harus mematuhi nasihat veteran parti itu Tan Sri Rais Yatim supaya mendapatkan pengisytiharan mahkamah sama ada tindakan parti itu menangguhkan pemilihannya adalah sah.
"Oleh itu, jika pada bila-bila masa, mana-mana anggota Umno memutuskan untuk memfailkan tindakan mahkamah untuk menyelesaikan krisis perlembagaan parti, maka Umno tidak mempunyai hak untuk menyalahkan anggota atas kecuaian dan kegagalan kepimpinan parti untuk membawa perkara itu ke mahkamah," katanya.
Sementara itu, bekas menteri Umno, Datuk Zaid Ibrahim memberitahu Malaysiakinibahawa beliau juga berpendapat bahawa Umno adalah sebuah pertubuhan haram.
"Ia kelihatan kepada saya (ia adalah haram), tetapi terserah kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS)," katanya.
Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment