Pages

Tuesday, 24 April 2018

[Video Apa peluang menang di Langkawi? Ini jawab Dr M] Tiga bekas menteri dipilih semula! Zulhasnan, Pelik bukan? Hasan Malek, Pelik juga bukan? Husni, Ini lagi pelik? Adakah ini PETANDA NAJIB SUDAH 'BUANG TABIAT'?

Rabu, 25 April 2018

Foto Azmin Ali.

Foto Azmin Ali.
Sambutan diluar jangkaan. Terima kasih warga Kampung Tititeras yang hadir beramai-ramai dalam jamuan santai minum petang bersama KEADILAN. Ayuh bersama kami cipta sejarah, selamatkan Malaysia. #JelajahKeadilan

MAHU DIJADIKAN APA TIGA BEKAS MENTERI INI ATAU IA PETANDA NAJIB SUDAH 'BUANG TABIAT'?


Ada semacam kejanggalan, keluarbiasaan dan tidak masuk akal apabila tiga bekas menteri ini dipilih semula oleh Najib Razak untuk bertanding dalam pilihanraya 9 Mei depan akan datang.

1 - Zulhasnan Rafique, bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Duta Besar Malaysia ke Amerika tanpa disangka-sangka dipilih semula sebagai calon untuk bertanding di Parlimen Setiawangsa.

Ketika Najib Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 2009, Zulhasnan adalah antara menteri yang digugurkan dalam susunan baru kabinetnya.

Kemudian, pada pilihanraya 2013, Zulhasnan juga digugurkan sebagai calon di kerusi Parlimen Setiawangsa yang sedang disandangnya dan tempatnya digantikan dengan Ahmad Fauzi Zahari.
Oleh kerana penggantinya, Ahmad Fauzi adalah lebih muda berbanding Zulhasnan, gambarannya adalah Zulhasnan sudah ditunjuklan jalan keluar dalam karier politiknya.

Pada tahun lepas, beliau dilantik menjadi Duta Besar Malaysia ke Amerika menggantikan Awang Adek Hussain.

Kebiasaannya, apabila seseorang bekas menteri dilantik menjadi duta, itu lebih kurang merupakan hadiah persaraan kepada mereka.

Tetapi, tiba-tiba Zulhasnan dipilih semula untuk bertanding di Setiawangsa menggantikan Ahmad Fauzi yang pada 2013 dulu dipilih oleh Najib juga untuk mengambil alih tempat Zulhasnan.

Pelik bukan?
2 - Hasan Malek,  bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan adalah dianggap menteri berprestasi paling rendah yang pernah ada dalam negara kita.

Beberapa komennya mengenai kenaikan harga barang seperti yang paling popular - jangan makan ayam kalau harganya mahal - bukan saja menyakitkan hati rakyat, malah tentu juga membuatkan Najib turut sakit hati mendengarnya.

Lantaran itu, berikutan terlalu banyak kecaman terhadapnya di media sosial, Hasan Malek kemudian digugurkan sebagai menteri pada 2015.

Selain berprestasi rendah, Hasan Malek juga terlibat dalam kontroversi berkaitan pemberian pinjaman kepada ahli perniagaan, Deepak Jaikishan oleh Bank Rakyat sehingga menyebabkan Sabbaruddin Chik tidak disambung khidmat sebagai pengerusi semata-mata kerana enggan patuh kepada kehendaknya.

Tidak lama selepas digugurkan daripada menteri, Hasan Malek kemudian dilantik menjadi Duta ke Kemboja.

Sama seperti kes Zulhasnan, perlantikan sebagai duta kepada Hasan Malek juga dilihat sebagai hadiah persaraan kepadanya.

Tetapi, dalam senarai calon Negeri Sembilan yang diumumkan dua hari lalu, Hasan Malek terus dikekalkan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Pilah.

Pelik juga bukan?

3 - Husni Hanadzlah dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua sebaik Najib menjadi Perdana Menteri pada 2009. Bergandingan dengan Najib selaku Menteri Kewangan, Husni sentiasa mempunyai hubungan baik dan akrab dengan Perdana Menteri.

Dalam rombakan kabinet pada 2016, Husni secara mengejut telah meletakkan jawatannya kerana enggan dipindahkan ke kementerian lain oleh Najib. 

Alasannya, Husni mengatakan beliau mahu mengakhiri kariernya di Kementerian Kewangan saja yang ditanggapi ramai sebagai "kementerian jaga duit dan tempat mengagih-agihkan projek".

Lantaran kecewa kemahuannya tidak dituruti oleh Najib, Husni turut meletakkan jawatannya sebagai Bendahari UMNO, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Perak dan Ketua UMNO Bahagian Tambun.
Kemudian, dalam ucapannya Parlimen setelah tiada jawatan, Husni mempertikaikan tujuan penubuhan 1MDB serta mendakwa sebagai Menteri Kewangan Kedua, beliau tidak tahu menahu langsung mengenai perjalanan syarikat pelaburan itu.

Meskipun melakukan "u-turn" kemudiannya, Husni pada hakikatnya pernah menyentuh perkara paling sensitif dalam hidup Najib iaitu 1MDB.

Pemimpin-pemimpin lain yang membangkitkan isu 1MDB secara terbuka seperti Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan Mukhriz Mahathir misalnya, mereka malah dimusuhi dan dipecat daripada jawatan masing-masing.

Namun, Husni tetap dipilih lagi oleh Najib untuk mempertahankan kerusi Parlimen Tambun yang disandangkanya.

Ini lagi pelik?
Kesimpulannya, ketiga-tiga bekas menteri di atas adalah pemimpin-pemimpin usang yang telah dibuang, tidak dikehendaki dan pernah merajuk hati dengan Najib.

Kenapa mereka dipilih semula?

Mengapa mereka tidak diganti dengan calon-calon yang lebih muda?

Jika ketiga-tiganya pernah dibuang, tidak dikehendaki serta ada rekod merajuk hati dengan Najib, dengan memilih semula mereka itu sebagai calon pilihanraya, apa peranan yang mahu diberikan kepada mereka selepas ini?

Mana janji untuk memberi lebih peluang dan ruang kepada orang muda yang selalu Najib laung-laungkan?

Ataukah ini petanda Najib sudah "buang tabiat" dalam memimpin UMNO dan kepelikan calon yang dipilihnya menandakan parti itu sendiri semakin menuju ke penghujung hayatnya? (ShahbudinHusin 25/04/2018)

1 comment:

  1. Belum pernah menang main casino online ???
    mari bergabung bersama kami dan rasakan kemenagan besar.


    Ayo Segera Daftar Akun Bermain Anda..Gratiss..

    Klik >>>>>>> Daftar Game Casino

    Hubungi Segera:
    WA: 087785425244
    Cs 24 Jam Online

    ReplyDelete