Pages

Saturday, 28 April 2018

[Video Dr M jawab DCA, pertahan pesawat disabotaj] BERSIH: SPR nafi hak calon bertanding.

Ahad, 29 April 2018

BERSIH: SPR nafi hak calon bertanding


BERSIH mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak berat sebelah dalam soal menerima kertas pencalonan daripada calon Pakatan Harapan (HARAPAN) dan BN semalam.
Pemangku pengerusinya Shahrul Aman Mohd Saari membangkitkan kejadian di Parlimen Batu dan DUN Ketari, serta membandingkan layanan SPR terhadap calon HARAPAN DUN Rantau S Streram dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) DUN Teratai dan Parlimen Pandan Jenice Lee.
"Ia permulaan teruk apabila calon dinafikan hak perlembagaan untuk dicalonkan, dan pengundi dinafikan hak untuk memilih calon secara wewenang dan salah oleh SPR," kata Shahrul Aman pada sidang media hari ini.
Turut hadir Naib Presiden PKR Tian Chua dan calon HARAPAN DUN Rantau S Streram.
Ketika penamaan calon semalam, Streram (gambar, kanan) tidak dapat mengemukakan kertas pencalonan kerana tiada pas calon bagi membolehkannya masuk ke pusat penamaan calon.
Menurut laporan The Edge, Lee yang pada mulanya tidak dibenarkan masuk kerana tiada pas calon tetapi kemudiannya dibenarkan masuk oleh SPR.
Di DUN Ketari pula, MyKad calon Gerakan Datuk Lau Hoi Keong didakwa tidak menggunakan alamat Pahang tetapi akhirnya disahkan sebagai calon selepas SPR berpuas hati dengan dokumennya.
Ia berbeza di DUN Bukit Melawati, Selangor, apabila HARAPAN terpaksa menggantikan calonnya apabila G Sivamalar tidak menggunakan alamat di negeri itu.
Menurut garis panduan SPR, calon perlu menggunakan alamat di negeri tempatnya bertanding.
"Jika benar alamat calon (Lau) telah diubah dalam cip elektronik, ia boleh disahkan secara mudah dengan menunjukkan maklumat itu kepada media adn pihak lain di pusat penamaan calon," kata Shahrul Aman.
"Pegawai pengurus pilihan raya yang terlibat, SPR, polis dan dua pegawai Jabatan Pendaftaran Negara perlu menjelaskan peranan mereka dalam menjejaskan pilihan raya yang bersih, bebas dan adil kepada 14 juta pengundi di Malaysia," katanya lagi.
Tian Chua dan Streram pula sekali lagi mendakwa SPR bertindak tidak adil untuk menghalang mereka daripada bertanding dalam PRU kali ini.
Menurut Tian Chua, mahkamah sebelum ini telah menetapkan denda RM2,000 tidak menghilangkan kelayakan untuk bertanding.
"Jika mahkamah tidak buat ketetapan itu isu (hilang kelayakan) mungkin berbangkit," katanya.
'Kuasa SPR terlalu besar'
Streram pula berkata beliau tidak tahu keperluan pas khas untuk masuk ke pusat penamaan calon.
Untuk rekod, Lee juga berkata hal sama dalam laporan The Edge.
Pengarah Eksekutif BERSIH Yap Swee Seng pula berkata SPR dan pegawai pengurus pilihan raya terlibat telah bertindak sewenang-wenangnya terhadap calon.
"Pegawai pengurus pilihan raya diberi kuasa terlalu besar dan menggunakan kuasa itu secara wewenang dan tanpa kebertanggungjawaban," katanya.
Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment