Pages

Monday, 30 April 2018

[Video Dr M sindir PAS - Mana lebih utama bendera atau pengundi?] DUN Rantau Dr S Streram-'Perbetulkan sebelum Rabu atau kita jumpa di mahkamah’ & MB "samseng" menang tanpa bertanding menggunakan kekerasan?

Selasa, 1 Mei 2018

Foto Pakatan Harapan.
Menteri Besar "samseng" menang tanpa bertanding menggunakan kekerasan? Saya tidak terkejut.
‘Perbetulkan sebelum Rabu atau kita jumpa di mahkamah’
Calon Pakatan Harapan DUN Rantau Dr S Streram memberi Suruhanjaya Pilihan Raya sehingga jam 5 petang, Rabu ini untuk memperbetulkan kekecohan pada hari pencalonan sehingga menyaksikan beliau gagal mendaftar sebagai calon.
Katanya, jika suruhanjaya itu gagal berbuat demikian beliau akan memfailkan saman tort misfeasans dalam jawatan awam ke atas pegawai pengurus pilihan raya.
Beliau berkata demikian dalam satu surat tuntutan kepada SPR hari ini.
Selain itu, Streram juga membuat dua laporan polis terhadap pegawai pengurus pilihan raya itu dan SPR mengikut Seksyen 124B dan 124C Kanun Keseksaan kerana mengganggu proses demokrasi parlimen dengan tidak membenarkannya menjadi calon.
Peguamnya, Mohd Haniff Khatri Abdulla, berkata SPR harus memperbetulkan kesilapan yang dilakukan itu kerana undang-undang seolah-olah melarang cabaran terhadap kehilangan kelayakan untuk bertanding.
"Masalah bukan ditimbulkan oleh Streram kerana dia memenuhi semua syarat dengan membayar deposit pada Rabu sebelum hari penamaan, dan juga mengisi borang seperti yang diperlukan.
"Tidak memakai tag SPR bukan bermakna hilang kelayakan. Ia hanya satu prosedur tetapi ini tidak membatalkan kelayakan seseorang daripada bertanding," katanya.
Pada hari penamaan calon Sabtu lalu, Dr Streram tidak dapat mengemukakan kertas penamaan calon selepas mendakwa dihalang masuk ke pusat penamaan calon bagi bahagian pilihan raya DUN Rantau dan Parlimen Rembau.
Ini menyaksikan SPR kemudian mengisytiharkan Menteri Besar Sementara Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohammad Hasan, sebagai pemenang kerusi DUN Rantau.

No comments:

Post a Comment