Pages

Thursday 26 April 2018

[Video Dr M: 'Takut apa Najib, aku baik dengan kau dulu'] Mahkamah tolak permohonan bubarkan Umno & Notis rayuan akan difailkan, kata Peguam Haniff Khatri.

Jumaat, 27 April 2018

Mahkamah tolak permohonan bubarkan Umno


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan 16 anggota Umno yang "dipecat" terhadap Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Hakim Datuk Kamaludin Md Said berkata Seksyen 18 C Akta Pertubuhan 1966 terpakai, di mana ahli tidak boleh membawa pertikaian parti ke mahkamah.
"Oleh itu permohonan itu ditolak tanpa kos," katanya.
Beliau berkata walaupun terdapat keputusan dalam kes Semenyih Jaya Sdn Bhd dan Indira Gandhi di Mahkamah Persekutuan, ia tidak terpakai kepada parti-parti politik.
Peguam Mohd Haniff Khatri Abdulla memberitahu pemberita bahawa notis rayuan akan difailkan.
Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment