Pages

Thursday, 5 April 2018

[Video LIVE: Pengumuman khas Najib Razak] Najib umum Parlimen bubar esok.

Jumaat, 6 April 2018


Najib umum Parlimen bubar esok


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Parlimen akan dibubarkan berkuatkuasa esok untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-14.
Beliau membuat pengumuman itu secara langsung pada jam 12.00 tengah hari ini selepas menghadap dan mendapat diperkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.
Hadir sama pada sidang akhbar yang disiarkan secara langsung di RTM1 adalah timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan menteri-menteri kabinet.
Susulan itu, perdana menteri menasihatkan semua ketua menteri dan menteri besar, kecuali Sarawak, untuk menghadap ketua negeri masing-masing bagi mendapat perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya pilihan raya umum negeri dapat diadakan secara serentak.
Sarawak mengadakan pilihan raya negeri pada 7 Mei 2016.
Pilihan raya umum kali ini ialah yang kedua buat Najib yang merajui jentera BN selepas mengambil-alih jawatan perdana menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009.
Selepas dibubarkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus menetapkan tarikh pilihan raya akan berlangsung.
Mengikut Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran Parlimen.
Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment