Tun Mahathir sudah pernah menggalas tanggungjawab memerintah negara ini selama 22 tahun, Dato' Seri Najib Razak baru sahaja menjadi Perdana Menteri selama 9 tahun.
Siapa yang tak ada pengalaman ni?
Tun Mahathir sudah pernah menggalas tanggungjawab memerintah negara ini selama 22 tahun, Dato' Seri Najib Razak baru sahaja menjadi Perdana Menteri selama 9 tahun.
Siapa yang tak ada pengalaman ni?
Syarat bahan kempen: SPR terdesak larang guna gambar Anwar dan Mahathir, kata PKR
Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan syarat bahan kempen kepada parti bertanding disifatkan PKR sebagai tindakan terdesak suruhanjaya itu untuk melarang penggunaan gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, tindakan SPR itu yang pertama kali dalam sejarah pilihan raya di negara ini menetapkan syarat sedemikian.
“SPR telah menetapkan syarat-syarat tambahan penggunaan bahan kempen pilihan raya. SPR melarang penggunaan gambar pemimpin utama parti politik selain daripada Presiden dan Timbalan Presiden.
“Ini adalah tindakan terdesak mengharamkan penggunaan gambar Ketua Umum Pakatan Harapan Saudara Anwar Ibrahim dan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr. Mahathir Mohamed sebagai bahan kempen PRU-14,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Semalam SPR melalui kenyataan rasmi suruhanjaya itu meletakkan 3 syarat tambahan kepada parti-parti politik bertanding.
Syarat tersebut adalah berkaitan dengan Penggunaan Gambar Pemimpin Utama Parti Politik;Gabungan Gambar Pemimpin Utama Parti Politik Di Atas Satu Bahan Kempen dan;Penggunaan Lambang/Simbol Parti Politik.
Wan Azizah yang juga Pengerusi Pakatan Harapan berkata, tindakan SPR itu jelas sekali melangkaui tiga tugas dan tanggungjawab utama sepertimana yang termaktub perkara 113 Perlembagaan Persekutuan iaitu menjalankan pilihan raya, menyediakan dan menyemak daftar pemilih serta menjalankan kajian semula bahagian pilihan raya Persekutuan dan Negeri-negeri.
SPR katanya lagi, harus memastikan PRU14 berjalan secara bebas, bersih dan adil, bukannya menetapkan syarat-syarat yang berat sebelah dan tidak masuk akal.
No comments:
Post a Comment