Pages

Thursday, 5 April 2018

[Video Orang cina akan bantu melayu untuk melakukan perubahan & Guan Eng nyanyi lagi] Pelaq sungguh! Tunggu bubaq parlimen, dia pi bubaq parti Mahathir..

Jumaat, 6 April 2018

Image may contain: one or more people, meme and text
Tumpang sekole.


Tunggu bubaq parlimen, dia pi bubaq parti Mahathir...


Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS), agensi di bawah Kementeri Dalam Negeri hari ini mengumumkan untuk membubarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, hanya sehari sebelum Parlimen dijangka bubar. 

Perintah tersebut dibuat di bawah Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan, seperti diumumkan Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim dalam sidang akhbar di Putrajaya. 

Pembubaran tersebut, kata ROS adalah ekoran kegagalan untuk mengemukakan maklumat dan dokumen di bawah Seksyen 14(2) Akta yang sama. 

Keputusan ROS tersebut mengingatkan kita kepada langkah hampir serupa yang dilaksanakan ROS sebelum hari penamaan calon pilihanraya umum ke-13 terhadap DAP. 

ROS pada ketika itu bertindak tidak mengiktiraf Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP, yang boleh mengakibatkan watikah calon tidak boleh ditandatangani Setiausaha Agung parti, lantas menggesa PKR dan PAS untuk mengeluarkan watikah calon bagi calon-calon DAP. 

Bukan itu sahaja, DAP juga berdepan kemungkinan tidak boleh menggunakan lambang roket pada PRU lalu, sehinggakan keputusan dibuat untuk menggunakan logo PAS di Semenanjung, dan logo PKR di Sabah dan Sarawak. 

No comments:

Post a Comment