Pages

Monday, 2 April 2018

[Video Pemimpin Umno dan Pas sama sahaja, pemimpinnya tidak boleh ditegur] Sejarah Bakal Tercipta? BERSATU diharamkan, PH tak diluluskan, tapi Najib TETAP KALAH & KECUNDANG.

Selasa, 3 April 2018

Image may contain: 2 people, people smiling
Tumpang sekole.

SEJARAH BAKAL TERCIPTA - BERSATU DIHARAMKAN, PAKATAN HARAPAN TAK DILULUSKAN, TAPI NAJIB TETAP KECUNDANG


Walaupun Bersatu sudah menghantar jawapan dan menyerahkan dokumen-dokumen yang diperlukan kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan atau RoS pada 28 Mac lalu, kemungkinan parti pencabar UMNO itu akan dibatalkan pendaftarannya adalah cerah sekali.

Melihat kepada beberapa renteran peristiwa antara RoS dan Bersatu sejak kebelakangan ini, tidaklah sukar untuk memahami bahawa sebab-sebab seolah-olah sedang dicari untuk melemah dan membatalkan pendaftaran parti itu.

Berbanding Bersatu, layanan RoS ternyata berbeza terhadap UMNO yang kali terakhir mengadakan pemilihan setiap tiga tahunnya pada 2013, kemudian membuat penangguhan selama 18, tetapi selepas tempoh itu berakhir pada 2018, RoS dengan senang hati memberi kebenaran penangguhan lagi sehingga 2019 meskipun tiada peruntukan berhubung penangguhan kali kedua itu.

Melihat hakikat ini, semakin benarlah seperti kata Liew Chin Tong, Pengerusi DAP Johor yang menyebut RoS sudah menjadi senjata ketiga untuk membantu Najib, UMNO dan BN mengekalkan kuasanya selepas senjata pertama dan kedua iaitu persempadanan baru kawasan pilihanraya oleh SPR dan akta berita palsu yang bertujuan menimbulkan ketakutan kepada rakyat, khususnya pengguna media sosial dalam PRU 14 ini.

Apa yang berlaku kepada Bersatu di era Najib ini amat berbeza sekali dengan zaman Tun Mahathir Mohamad dahulu yang bukan saja parti pencabar UMNO mudah meluluskan, malah tiada sebarang gangguan diwujudkan terhadap parti-parti yang sudah diberi kelulusan itu.

Semangat 46 dan PKR adalah dua parti berasal daripada UMNO yang pernah wujud untuk bertujuan untuk melawan dan mengalahkan UMNO ketika era Tun Mahathir,  tetapi RoS waktu itu tidaklah seperti sekarang ini dari segi lagak serta tingkahlakunya.

Selain itu, setelah sekian lama berdiam diri, RoS juga baru-baru ini menjelaskan bahawa kelulusan penubuhan Pakatan Harapan tidak dapat diproses kerana masalah yang dihadapi Bersatu itu.

Kononnya kedudukan Pakatan Harapan, sama ada boleh diluluskan atau sebaliknya, dapat diketahui.

Soalnya, kenapa selama ini RoS begitu lama berdiam diri sedangkan pada peringkat awalnya mereka ada meminta Pakatan Harapan supaya mengubahsuai logonya?

Apakah masalah berkaitan Bersatu itu sengaja dicipta berikutan kemajuan yang ditunjukkan oleh Pakatan Harapan dalam menyelesaikan beberapa perkara seperti pembahagian kerusi, calon Perdana Menteri, kesepakatan yang jitu, program jelajah yang mendapat sambutan ramai dan sebagainya?

Memandangkan pilihanraya sudah terlalu dekat dan biasanya RoS akan mengambil banyak masa untuk memberi sebarang jawapan atau respon balas, harapan untuk melihat Pakatan Harapan diberikan kelulusan, jelas ternampak mustahil.

Tidak mustahil, untuk tujuan melemahkan lagi keyakinan rakyat terhadap Bersatu, jawapan, penjelasan dan dokumen yang diserahkan baru-baru ini juga akan turut ditolak oleh RoS dan parti itu mungkin akan dibatalkan pendaftarannya.

Dengan tindakan sedemikian, bermakna sempurnalah peranan RoS dalam membantu BN mengekalkan kuasanya menjelang pilihanraya akan datang ini.

Tetapi, adakah Bersatu menjadi lemah dan Pakatan Harapan akan mengalah?
Sudah tentu jawalannya, tidak. Jika dengan Presiden Amerika dan pemimpin dunia lain pun Tun Mahathir jarang mengalah, tentulah tidak mungkin beliau mahu mengalah dengan karenah RoS ini.

Sebelum RoS tampil dengan aksi seterusnya, Tun Mahathir bersama Pakatan Harapan sudah pun sedia dengan pelan atau perancangan yang seterusnya di mana yang penting penggunaan satu logo untuk melawan BN tetap akan dilaksanakan.

Menjelang sehari dua ini Pakatan Harapan dijangka akan memutuskan penggunaan logo PKR sebagai logo tunggal oleh semua calon daripada gabungan itu. 

Bererti, selain calon PKR, calon daripada DAP, Amanah dan Bersatu akan meminjam logo PKR untuk pilihanraya kali ini.

Kaedahnya mirip seperti calon UMNO, MCA, MIC dan lain-lain parti komponen BN yang hanya menggunakan logo dacing ketika pilihanraya. Jika logo BN bersifat pelbagai kaum, maka PKR juga sama sifatnya seperti itu. 

Pemilihan logo PKR itu sekaligus menjadikan apa pun tindakan RoS selepas ini sudah tidak bermakna lagi. Malah, jika Bersatu diharamkan terus adalah lebih baik bagi mengundang lebih simpati rakyat untuk melakukan perubahan.

Meminjam logo PKR adalah langkah sementara sebelum BN dapat ditumbangkan dan Najib disingkirkan. Selepas berjaya menguasai kerajaan, semua proses berkaitan Bersatu dan Pakatan Harapan akan segera dapat diselesaikan, sudah tentu dengan perlantikan Ketua Pengarah RoS yang baru yang lebih berhemah jiwa serta hatinya.

Yang penting, berdasarkan sambutan ramai, tsunami rakyat, keinginan kepada perubahan dan kemungkinan tiada lagi kekeliruan berkaitan logo, hanya kewarasan pengundi yang diperlukan dalam menukar kerajaan.
Jika rakyat Filipina, Indonesia, Thailand dan beberapa negara Arab serta kelompok dunia lain sudah lama berani menolak pemimpin dan kerajaan yang rasuah dan menyusahkan rakyat,  tentulah ternampak mustahil pengundi negara ini tidak mahu kepada perubahan dan kebaikan yang sama?

Kalau benci dengan pemimpin dan kerajaan yang rasuah, benci membayar cukai GST, benci harga barang yang tinggi, benci tiada subsidi, benci keluarga pemimpin yang hidung tinggi dan suka berjoli, inilah masanya untuk untuk menggunakan hak kita sebagai pengundi.

Ya...ini kalilah!!! (ShahbudinHusin 03/04/2018)

No comments:

Post a Comment