Pages

Tuesday, 3 April 2018

[Video RAKYAT SUGUT Sabah tidak mudah dibeli wang ringgit & Bertekat tumbangkan UmnoBN] Pilih Umno, bunuh masa depan negara.

Selasa, 3 April 2018

Pilih Umno, bunuh masa depan negara

Program anjuran Bersatu yang disertai Mama di Kampung Duku Pontian.

Perjalanan seterusnya adalah meninjau ke daerah Pontian. Di daerah ini terkandungnya dua Parlimen yakni Tanjung Piai dan juga Pontian. Sememangnya bahang pantai barat negeri Johor ini perlu diketahui akan maklum balas mereka.
Dalam satu pertemuan dari tinjauan ini, bertemulah dengan seorang wanita yang berusia 60an dan jika dilihat dari perwatakkannya ia agak aktif baik dari segi kepetahan berkata mahu pun dari segi tingkah lakunya.
Beliau yang mahu digelar Mama seorang Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Pontian. Mama memang ramah dan segala yang disuarakannya cukup mesra dan memang moleklah sekiranya beliau mudah dipanggil ‘mama’ oleh orang sekelilingnya.
Beliau merupakan seorang yang berjawatan tinggi sewaktu di dalam parti Umno di salah sebuah bahagian di daerah Pontian. Menurut sumber lain, beliau sebelum ini dalam Umno sangat berpengaruh dengan memiliki ramai anak buah dalam kalangan wanita sehinggakan beliau bertanding dan berjaya memenangi jawatan antara yang tertinggi dalam Umno.
Mama sebelum ini adalah aktivis wanita bertekad untuk keluar dari parti Umno dan kini bersama dengan perjuangan Bersatu. Atas dasar prinsip yang tinggi untuk melakukan perubahan terhadap kepincangan yang berlaku, beliau bertindak untuk melepaskan jawatannya serta keluar Umno.
Bila ditanya berkenaan dengan prinsip yang dipegang beliau, Mama menjawab “jika memilih Umno adalah sama dengan membunuh masa depan negara ini. Perkara ini berlaku kerana kepincangan pemimpin yang merasa terlalu kebal untuk diganggu gugat oleh rakyat. Itu salah! Saya yakin rakyat sudah membuka mata”.

Mama menyambung lagi, “wanita adalah golongan yang paling terkesan dengan kenaikkan harga barang kerana mereka adalah Menteri Kewangan dan Menteri Dalam Negeri di dalam keluarga,” dengan semangat Mama bertutur menerangkan sesuatu yang lama terpendam.

Dalam tinjauan daripada kata-kata Mama, sememangnya wanita Umno khususnya di kawasan daerah Pontian ini dilihat mahukan perubahan. Apabila ditanya mengenai apakah kepincangan yang dilihat oleh Mama, beliau menjawab, “cuba lihat isu yang berlaku, orang kena bunuh, orang kena tanam dengan simen, 1MDB, GST dan macam-macam lagi semuanya tidak ada jawapan yang utuh”.
“Selain itu soal kapal terbang hilang dan kapal terbang kena tembak, mengapa semua ini berlaku. Sewaktu saya dalam Umno saya persoalkan tapi pimpinan beri jawapan ‘serahkan pada orang atas yang uruskan’, ini semua tak betul”
Selain Mama, Pengarah Eksekutif sebuah bank Nurul Asyikin Zinal Habedin, 51, berkata, anak muda seharusnya malu terutamanya wanita kerana orang berumur (tua) seperti Mama pun mahukan perubahan. Kenyataan Nurul itu disokong kuat oleh Mama yang turut mengiyakan.
Ternyata hasil tinjauan ini adalah suatu perkara yang harus menjadi tatapan orang ramai. Semakin hari semakin ramai yang melihat akan wujudnya gelombang yang kian kuat mahukan perubahan. Kali ini perubahan dari sisi wanita yang selama ini menjadi perisai Umno.
*Gambar 1 – Program yang dihadiri Mama.
*Gambar 2 – Program di Kampung Duku Pontian
MD.

No comments:

Post a Comment