Dr Zarawi lawan Presiden Pas di Marang
Raja Bahrin menunjukkan senarai calon AMANAH di Terengganu.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan orang kanannya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar akan ditentang oleh tokoh baru AMANAH, Dr Zarawi Sulong.
Pemegang doktor falsafah yang sebelum ini aktif dalam Umno dan Perkasa dan tinggal di Rawai, Marang itu disenaraikan oleh Amanah untuk melawan Abdul Hadi di Parlimen Marang dan Dr Samsuri di Rhu Rendang.
Sebelum ini, Umno mengumumkan penyelia DUN Bukit Payong yang juga AJK Umno Bahagian Marang Mohamad Nor Endut sebagai calon mereka di parlimen Marang.
Menurut Pengerusi AMANAH Terengganu, Datuk Raja Bahrin Shah, AMANAH Terengganu mengemukakan gandingan seimbang yang mewakili golongan dari pemuda, para agamawan, para akademik dan profesional bagi menghadapi PRU 14.
Dari 11 calon DUN yang ditandingi AMANAH, hampir 30% terdiri dari golongan pemuda yang di ketuai oleh Ketua Pemuda AMANAH Terengganu, Hasbie Muda. Calon golongan muda yang lain terdiri dari para jurutera profesional yang memahami aspirasi generasi muda hari ini.
Calon dari golongan agamawan di ketuai oleh Ustaz Aziz Abas dan juga para agamawan akademik yang mengajar di Universiti tempatan.
Aziz akan bertanding di DUN Jabi melawan AJK Pas Pusat, Dr Azman Ibrahim dari Pas dan calon Umno dari BN.
“Mereka akan bertanggung jawab membawa konsep Rahmatanlil Alamin ke tengah-tengah masyarakat Terengganu Darul Iman yang dahagakan cara hidup Islam yang syumul,” kata Raja Bahrin, penyandang kerusi Parlimen Kuala Terengganu ini.
Raja Bahrin sendiri akan mempertahankan kerusi Kuala Terengganu dan juga DUN Batu Burok.
Menurut Raja Bahrin, calon AMANAH dari golongan akademik pula di ketuai oleh Dato Dr Profesor Kamaruzaman Wan Su, yang merupakan tokoh tempatan yang di segani.
“Dibawah pimpinan mereka, Terengganu yang telah banyak melahirkan murid cemerlang diperingkat sekolah, adalah di harapkan lagi ramai para graduan Universiti anak Terengganu yang cemerlang dapat pulang berkhidmat untuk Terengganu,” katanya.
Calon golongan profesional lain terdiri dari arkitek serta jurutera sivil dan juga marin yang boleh membawa Terengganu ke arah pembangunan yang teratur dan dengan sikap penuh profesionalisma serta beramanah.
Tiga calon untuk Parlimen pula merupakan gandingan yang terdiri dari para agamawan, akademik dan profesional.
Ini akan memastikan Terengganu akan menikmati pembangunan seimbang dalam bidang agama, akademik dan pembangunan fisikal yang kini mengalami banyak kelemahan dan pembaziran, katanya.
BERIKUT ADALAH CALON-CALON AMANAH DI TERENGGANU
DUN
1. Jertih- Datuk Dr Kamarulzaman bin Wan Su
2. Jabi- Ustaz Abd Aziz bin Abas
3. Teluk Pasu – Ir Azik Chik
4. Batu Buruk – Ar. Datuk Raja Bahrin
5. Wakaf Mempelam – Zubir bin Mohamed
6. Manir – Ir. Hafizuddin bin Hussin
7. Rhu Redang – Dr Zarawi bin Sulong
8. Bukit Payong – Mohd Dalizan bin Abd Aziz
9. Sura – Ir. Zulkifli bin Ali
10. Paka – Mohd Hasbie bin Muda
11. Kemasek – Ir. Rizan bin Ali
PARLIMEN
1. Kuala Terengganu – Ar. Dato’ Raja Bahrin Ibni Raja Ahmad Baharuddin Shah
2. Parlimen Marang – Dr. Zarawi bin Sulong
3.Parlimen Kuala Nerus – Ustaz Abdullah bin Muhamad
MD.
No comments:
Post a Comment