*TARIKH PRU14 (2018)*
*Bubar Parlimen* : 7 April 2018 (sabtu )
*Penaman Calon* : 28 April 2018
*Pengundian Awal* : 05 Mei 2018
*Pembuangan Undi* : 09 Mei 2018
*Penaman Calon* : 28 April 2018
*Pengundian Awal* : 05 Mei 2018
*Pembuangan Undi* : 09 Mei 2018
Persoalan nya kenapa ngundi hari Rabu?? Ni macam nak susahkan org jauh balik mengundi...tak kan benda gini pun nak dipolitikan juga kot....
Susah tak susah insya Allah sebelum hari mengundi admin tetap sampai di Kelantan..
Netizen bertekad tetap mahu pulang mengundi #kalahkan penipuan
Tindakan SPR mengumumkan pengundian pada hari bekerja dan pertengahan minggu iaitu hari Rabu menimbulkan kemarahan orang ramai seolah-olah mencabar mereka untuk tetap pulang bagi membuang undi.
Mereka meluahkan kemarahan itu melalui laman sosial dan berikrar akan tetap pulang untuk mengundi.
Keith Rozario pada asalnya mahu menyertai kumpulan ‘Undi rosak’ dengan tidak pulang mengundi tahun ini.
Namun tindakan SPR yang menetapkan undi pada hari Rabu menyebabkan beliau berazam mahu pulang dari Singapura dan membuang undi di kampungnya di Klang, Selangor.
“Pada awalnya saya bercadang untuk tidak mengundi, atau ‘undi rosak’ tetapi SPR menetapkannya hari Rabu.
“Jangan bimbang, saya akan belanjakan SGD300 untuk membeli tiket, balik ke Klang dan undi siapa saja yang Pakatan letakkan,” kata beliau.
Seorang lagi netizen, Akurazal juga marah tindakan menetapkan undi pada hari Rabu.
“Mengudin hari kerja tengkorak engkau ye. Kira kalau peratusan undi rendah kau bajet menanglah ye?
“Baik, sekarang juga aku isi borang cuti balik kampung mengundi, balik hari,” kata beliau.
Seorang lagi pengguna laman sosial yang menggunakan nama Sectumsempra berkata, walaupun licik permainan ini, mengundi jatuh pada hari Rabu, “Kita tunaikan tanggungjawab kita sebagai pemilih.
“Aku pulang demi satu undi,” kata beliau dalam komen itu.
Seorang majikan juga berazam mahu mempastikan semua pekerjanya dapat mengundi dengan memberikan cuti kepada kakitangannya.
“Sebagai majikan, saya akan pastikan semua staf saya boleh ambil cuti/ atau rehat pada 9 Mei 2018 untuk keluar mengundi.
“Semua majikan patut membuat perkara yang sama,” kata beliau dengan #kalahkan penipuan.
MD.
No comments:
Post a Comment