Pasar raya tutup lepas TMJ belanja orang ramai
AEON Mall Tebrau City di Johor Baru hari ini menutup kedai selepas Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim membelanja orang ramai RM3,000 sekepala, melibatkan jumlah sehingga RM1 juta malam tadi.
"Seksyen pasar raya Aeon di Aeon Mall bandar Tebrau ditutup pagi ini sehingga notis selanjutnya.
“Kami mohon maaf atas segala kesulitan,” umum pasar raya itu di Facebook mereka.
TMJ bersama isterinya Che Puan Khaleeda Bustamam malam tadi membuat kejutan dengan tampil dengan pembesar suara mengumumkan orang ramai boleh mengambil apa saja dalam pasar raya itu.
Pewaris takhta Johor itu berbuat demikian sekitar jam 6.30 petang sehingga 8 malam.
Facebook Johor Southern Tigers, yang sering digunakannya sebagai platform bersuara, memetik Tunku Ismail berkata beliau bukan ahli politik, tidak memerlukan undi dan ikhlas menyayangi rakyat.
Baginda kembali menjadi perhatian mutakhir ini selepas dikatakan mengkritik pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad, meskipun tidak menyebutkan nama bekas perdana menteri itu.
Bagaimanapun, tidak seperti statusnya yang sering mendapat pujian, ramai pengguna maya turut menyatakan tidak setuju dengan baginda kali ini.

Sementara itu, Aeon Mall di Facebook mereka turut mengucapkan tahniah kepada pembeli bertuah dan berterima kasih kepada TMJ kerana bermurah hati kepada pelanggannya.
Pasar raya itu turut memuat naik gambar-gambar berkaitan di laman sosial itu.
Mk.
No comments:
Post a Comment