Pages

Friday, 20 April 2018

[Video Tsunami Melayu, Cina bergabung dalam PRU14 & Top 5 Janji Tidak Ditepati Najib & Kerajaan BN] Selepas 19 April parti ‘sarkas’ dianggap parti jembalang.

Jumaat, 20 April 2018

Mereka dah SEKAPAI!
Foto Otai BERSIH.
Sekapal tuu.

Selepas 19 April parti ‘sarkas’ dianggap parti jembalang


Selepas 19 April parti ‘sarkas’ dianggap parti jembalang
Telah tular satu Malaysia bahawa parti sarkas sewajarnya dibatalkan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) sekiranya ia masih gagal mengadakan pemilihan parti pada hari ini -19 April 2018.
Setakat ini, kita tidak nampak ada sebarang tanda “sughro” dan “kubro” ( kecil dan besar ) pemilihan parti sarkas akan diadakan pada hari ini.
Justeru itu,jika tiada pemilihan dibuat pada hari ini, pihak RoS yang begitu “cekap” keluarkan surat pembubaran sementara parti PPBM sehari sebelum pembubaran Parlimen dan kurang dari 2 jam sebelum pendengaran kes semakan kehakiman ke atas RoS di Mahkamah oleh PPBM dan “cekap” berurusan dengan isu pemilihan parti DAP, maka rakyat mengharapkan “kecekapan” yang sama juga sewajarnya dipamerkan ke atas parti sarkas juga.
Baru orang kata “fair and square”. Lagi pun Artikel 8 ( 1 ) Perlembagaan Persekutuan menjamin prinsip kesamarataan di sisi undang-undang or “equality before the law”.
Untuk rekod, kali terakhir parti sarkas adakan pemilihan dalam parti mereka adalah pada 19 -10-2013.
Berdasarkan Fasal 9.3 Perlembagaan Parti Sarkas, Majlis Tertinggi Parti Sarkas dikehendaki mengadakan pemilihan setiap 3 tahun. Bolekah ada lanjutan masa?
Ya, Boleh ada lanjutan masa di bawah Fasal 10.16.Berapa lama? Jawabnya 18 bulan (1 tahun setengah) sahaja.
Pada 15 Jun 2015, MO1 umum bahawa pemilihan parti akan ditangguhkan selama 18 bulan atas alasan PRU. Pada masa pengumuman itu dibuat, MO1 sendiri sebut lanjutan masa (extension of time) itu dibuat di bawah Fasal 10.16Perlembagaan parti sarkas.
Setiausaha Agong parti sarkas pula dalam kenyataannya pada bulan Februari yang lalu, berkata pemilihan parti sarkas akan diadakan pada 19 April 2019 selepas katanya parti sarkas dapat persetujuan dari RoS.
Persoalannya adakah ” the purported approval” dari RoS itu sah atau tidak? Jika sah ok lah. Jika tidak sah, habislah parti sarkas.
Dalam hal ini, seksyen yang relevan untuk diperhatikan dengan teliti adalah seksyen 13A ( 4 ) Akta Pertubuhan 1966 , yang nampaknya parti sarkas cuba bergantung di atasnya. Secara mudah ,seksyen ini memberi kuasa kepada ROS untuk beri lanjutan masa sekiranya ada permohonan lanjutan masa itu dibuat secara bertulis oleh pertubuhan yang berdaftar itu.
Akan tetapi, bergantung bulat-bulat ke atas seksyen tersebut tanpa membaca dan memahami betul-betul kehendak seksyen 13A (4) itu bagi saya, “amat tidak cerdik”.
Seksyen 13A (4) bukan seksyen yang bagi cek kosong kepada ROS untuk suka- suka bagi lanjutan masa. Yang itu kena faham dulu.
Nak faham kehendak seksyen 13A (4), kita kena lihat dan baca juga seksyen 13A (1) dan (2) Akta yang sama. Jika tidak , kita akan “sesat”.
Kerana apa? Kerana seksyen 13A (4) bukan bercakap tentang pelanjutan masa “simpliciter” orang undang-undang kata. Maknanya, seksyen itu bukan mudah-mudah bagi kuasa RoS untuk lanjut masa.
Sebaliknya, lanjutan masa yang dinyatakan di bawah seksyen 13A (4) itu berkait rapat dengan lanjutan masa yang diberikan oleh RoS berkaitan perintah (order) yang RoS berikan di bawah sub seksyen (1) atau (2) seksyen 13A itu . Itupun, ia bukan mutlak. Ia bergantung jika RoS berpuas hati dengan alasan kukuh yang diberikan oleh pihak yang memohon lanjutan masa itu dan bergantung juga kepada kepuasan hati RoS adalah adil dan patut untuk bagi lanjutan masa yang diminta.
Untuk mudah faham, izinkan saya bagi contoh. Dalam seksyen 13A (1) misalnya , RoS boleh bagi perintah/ arahan atau order agar pertubuhan tersebut perlu membekalkan kepada ROS apa-apa (info) dalam peraturan atau perlembagaan pertubuhan itu yang menyatakan bahawa pemegang jawatan pertubuhan itu adalah warganegara dan mengkehendaki pertubuhan itu ketepikan/buang
(remove) pemegang jawatan yang bukan warganegara.
Jadi, katakan ada perintah/ arahan atau order dari RoS tentang hal itu, maka barulah pertubuhan itu boleh minta dari RoS lanjutan masa jika ia misalnya tak mampu bekalkan maklumat yang diperlukan oleh RoS itu dalam jangka masa yang RoS telah tetapkan.
Maknanya, kuasa RoS nak beri lanjutan masa bergantung pertamanya kepada isu sama ada ROS ada kuasa untuk keluarkan perintah/arahan/order kepada pertubuhan itu dulu? Jika ada , baru relevan untuk quote seksyen 13A ( 4 ). Jika TIDAK ADA, bagi saya, ROS dan pertubuhan itu lebih baik tutup mulut !
Dalam kes parti sarkas , isunya ialah isu lanjutan masa untuk adakah pemilihan parti yang diperuntukkan secara jelas dalam Perlembagaan parti sarkas sendiri. Justeru itu, ia tiada kaitan langsung dengan ROS di bawah seksyen 13A ( 4 ) itu.
Oleh itu ,bagi saya, RoS jelas silap dan parti sarkas pun sama- silap. Be honestlah akui kesilapan. Jadi, tidak dapat tidak ( by hook or by crook ) parti sarkas wajib buat pemilihan parti hari ini juga (19 April2018 ) bukan 19 April 2019. So, surat RoS yang bagi lanjutan masa hingga 19 April 2019, bagi saya, tak relevan, tak terpakai dan tak berguna sama sekali.
Jika tiada pemilihan parti sarkas by today , parti sarkas hakikatnya adalah pertubuhan haram ..ia ibarat hantu jembalang! Setakat yang saya tahu, hantu tak boleh pegang jawatan, tak boleh jadi calon dan tak boleh bertanding PRU. Titik. Mereka yang ” kawan rapat” dengan hantu juga amat merbahaya dan tak wajar dipercayai.
MD.

No comments:

Post a Comment