Shahrir letak jawatan Pengerusi Felda
Tan Sri Shahrir Abdul Samad mengumumkan peletakan jawatannya sebagai pengerusi Felda berkuat kuasa hari ini.
"Berkuatkuasa hari ini saya meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Felda.
“Surat peletakan jawatan telah dihantar kepada Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia," katanya dalam kenyataan.
Portal The Star Online melaporkan satu jamuan perpisahan diadakan di ibu pejabat Felda di Kuala Lumpur awal hari ini.
Pengganti Shahrir tidak dinamakan.
Shahrir dibawa masuk ke Felda oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak kira-kira 16 bulan lalu dengan tugas untuk memperbaharui agensi bermasalah itu.
Namun pada pilihan raya minggu lalu, Ahli Parlimen Johor Bahru itu ditumbangkan oleh pendatang baru Akmal Nasrullah Mohd Nasir dari PKR yang menang dengan hampir 20,000 majoriti.
Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment