Pages

Saturday 12 May 2018

[Video Apartmen Diserbu Didakwa Sembunyikan Dokumen Kerajaan, Harta Bernilai RM10 Juta] Musa Aman sudah keluar dari Sri Gaya? Shafie Apdal angkat sumpah Ketua Menteri Sabah.

Ahad, 13 Mei 2018

Musa Aman sudah keluar dari Sri Gaya?
Musa Aman sudah keluar dari Sri Gaya?

KOTA KINABALU: Pengerusi BN Sabah, Tan Sri Musa Aman dipercayai telah meninggalkan kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, Kota Kinabalu.

Menurut pengawal keselamatan yang bertugas di kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah itu, Musa telah meninggalkan kediaman rasmi tersebut kira-kira pukul 8.30 malam ini.

Sementara itu, pada pukul 9.15 malam, Presiden Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

Luar pekarangan kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya.

Shafie Apdal angkat sumpah Ketua Menteri Sabah.
Shafie Apdal angkat sumpah Ketua Menteri Sabah

KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah ke-15 malam ini.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri pada pukul 9.15 malam.

Turut kelihatan mengiringi Mohd. Shafie ialah isteri beliau, Datin Seri Shuryani Shuaib.

Mohd Shafie yang sebelum ini Naib Presiden UMNO bertindak keluar parti itu dan menubuhkan Parti Warisan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang serta Ahli Parlimen Semporna.

Foto Jabatan Penerangan

No comments:

Post a Comment