Pemimpin Pakatan Harapan mengadap Sultan Perak
Pakatan Harapan Perak hari ini menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta.
Antara pemimpin yang hadir ialah Pengerusi Pakatan Harapan negeri Ahmad Faizal Azumu, Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming, Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi dan Pengerusi PKR Perak Dr Muhammad Nor Manuty
Kenderaan yang membawa kesemua pemimpin berkenaan memasuki perkarangan Istana kira-kira pukul 3.20 petang.
Difahamkan, pertemuan itu adalah untuk membincangkan perkara berkaitan penubuhan kerajaan negeri selepas tiada mana-mana parti bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) mendapat majoriti mudah iaitu 30.
Pada PRU14 Rabu lepas, Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP, PPBM dan Amanah berjaya memenangi 29 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri, sementara Barisan Nasional 27 dan PAS (3).
- Bernama
Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment