Mahathir: 267,000 Penonton live
Najib: 14,300 Penonton live
Petanda gelombang rakyat sudah bangkit untuk menentang kerajaan Dato' Seri Najib Razak, mari kita ramai-ramai pergi mengundi esok untuk bina semula negara!
Sila ingat bahawa tempoh pengundian adalah dari pukul 8.00 Pagi - 5.00 Petang.
Semak lokasi pengundian anda secara online di pengundi.spr.gov.my
Bawa kad pengenalan, keluar untuk mengundi, dan sudah tentu undi untuk Pakatan Harapan.#BinaSemulaNegara
Najib: 14,300 Penonton live
Petanda gelombang rakyat sudah bangkit untuk menentang kerajaan Dato' Seri Najib Razak, mari kita ramai-ramai pergi mengundi esok untuk bina semula negara!
Sila ingat bahawa tempoh pengundian adalah dari pukul 8.00 Pagi - 5.00 Petang.
Semak lokasi pengundian anda secara online di pengundi.spr.gov.my
Bawa kad pengenalan, keluar untuk mengundi, dan sudah tentu undi untuk Pakatan Harapan.#BinaSemulaNegara
Mahathir rayu undi rakyat, PH tubuh kerajaan baharu esok
Pilihan Raya Umum ke-14 adalah penentu kepada pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sekiranya rakyat memberikan sokongan padu undi mereka kepada pakatan pembangkang pada esok (9 Mei 2018).
Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pilihan raya kali ini tidak sama sebagaimana pilihan raya sebelumnya yang pernah dilakukan oleh pakatan pembangkang di negara ini.
“PRU14 tidak seperti PRU dahulu kerana pembangkang tidak mempunyai harapan menjatuhkan BN. Dahulu pembangkang hanya bercita-cita menjadi pembangkang yang kuat hanya mampu menegur kerajaan.
“Rakyat juga begitu. Mereka berpendapat tidak banyak perubahan yang boleh dilakukan pembangkang. Dengan itu sokongan rakyat
tidak meningkat tinggi tidak dapat beri kemenangan kepada pembangkang.
tidak meningkat tinggi tidak dapat beri kemenangan kepada pembangkang.
“BN terus menang dan mewakili kerajaan dalam pilihan raya.
“Tetapi PRU14 tugas dan tanggungjawab pembangkang tidak sahaja membangkang tetapi pembangkang mesti kalahkan BN dan dirikan
kerajaan baharu.
kerajaan baharu.
“Bukan mudah jatuhkan parti kerajaan segala bergantung kepada sokongan menyeluruh daripada rakyat.
“Hanya jika rakyat sedar akan kerosakan yang telah dilakukan Datuk Seri Mohd Najib Razak sebagai perdana menteri.
“Hanya rakyat yang sedar dan ambil berat hal negara dan menolak kemungkaran, barulah negara boleh diselamatkan daripada malapetaka yang mengancam masa depan kita.
“Kesedaran rakyat perlu diterjemah kepada undi yang membawa kebaikan. Undi rakyat amat penting. Hanya undi kita boleh selamatkan negara.Nasib buruk akan menimpa kita jika kerajaan sekarang diteruskan
“Oleh itu keluarlah beramai-ramai esok 9 Mei dan undilah Pakatan Harapan dengan simbol keadilan supaya terselamat Malaysia daripada kerajaan kleptokrasi dan akan kembalikan demokrasi dan pemerintahan ikut undang-undang,” ujarnya dalam ceramah akhir Jelajah PakatanHarapan beliau yang diadakan di Dewan Ho Peng, Kuah, Langkawi.
(dari kiri) Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan calon N02 Kuah Mohd Firdaus Ahmad
Golongan wanita dan golongan muda
Bakal perdana menteri ke-7 itu juga menyentuh mengenai peri pentingnya sebuah pemerintahan yang bertimbang rasa terhadap kepelbagaian bangsa, kaum dan agama.
Beliau berpesan, agar Pakatan Harapan memastikan golongan muda dan wanita diberikan tumpuan dan kesaksamaan gendersebagaimana yang digariskan di dalam Manifeto Pakatan Harapan.
“Negara kita diduduki pelbagai budaya kita mempunyai sifat toleransi antara kaum.
“Orang Melayu beragama Islam berpegang kepada nilai Islam sebenar bukan yang dicipta orang tertentu.
“Di Malaysia demi keamanan kita perlu terima budaya dan nilai hidup yang berbeza terutama kepada kaum wanita dari bangsa dan kaum berbeza.
“Pakaian, cara hidup, selera berbeza dan kita masih boleh elak daripada ketegangan kerana perbezaan ini.
“Pakatan Harapan percaya kepada hak asasi manusia tetapi tidak begitu liberal hingga tidak ada had lepada kebebasan sama sekali.
“Pemerintahan PH bertimbang rasa dengan kelainan budaya dan terhadap kaum wanita. Segala tuntutan nafsu keterlaluan tidak dibenarkan.
“Kita akan lihat kaum wanita diberi kesamaan dengan lelaki dalam pembayaran upah peluang pekerjaan dan pekerjaan mengikut tugas yang mampu dipikul kaum wanita. Diskriminasi tidak adil terhadap wanita akan dihapuskan.
“Generasi muda mesti diberi latihan dan teknologi maklumat dapat dikuasai oleh mereka. Hanya dengan cara ini sahaja barulah kita dapat naikkan pendapatan generasi muda apabila mereka bekerja.
“Banyak masalah yang perlu diperbaiki di negara ini,” ujar perdana menteri 22 tahun ini.
Duit sogokan Najib ibarat gadaikan negara
Mengenai sogokan wang oleh pemimpin Umno-BN sekiranya Najib terus memerintah negara, Dr Mahathir menegaskan, mana-mana pengundi yang disogokkan duit sebagai menggadai negara selama-lamanya.
“Inilah yang akan berlaku jika Najib terus jadi PM. Jangan biarkan wilayah Malaysia dijual lagi oleh Najib menjadi wilayah asing, mengundi Najib mendedakkan negara kita untuk hilang banyak lagi wilayah.
“Apa yang diperlukan daripada kita dan rakyat uuntuk mengundi mengalahkan kerajaan yang menyembah duit.
“Di negara lain rakyat sanggp bermati-matiaan pertahankan kedaulatan negara mereka daripada jatuh pada pemerintahan zalim.
“Kita tidak perlu berkorban nyawa untuk selamatkan negara antara sebab saya kembali aktif di arena politik.
“Saya hanya perlu undi. Undi kepada Pakatan Harapan akan dapat selamatkan negara tercinta ini.
“Janganlah biarkan bangsa kita terus dihina, diperbodohkan sekaligus.
“Oleh itu saya merayu supaya rakyat yang cinta negara keluarlah pada 9 Mei keluar beramai-ramai undi Pakatan Harapan untuk selamatkan negara Malaysia,” ujarPengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ini lagi.
MD.
No comments:
Post a Comment