Terkini! Dua jam pegawai SPRM berada di banglo Najib
Presiden Mongolia mohon Dr M tegakkan keadilan buat Altantuya
Presiden Mongolia, Khaltmaagiin Battulga hari ini memohon Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membantu warganya, keluarga mendiang Altantuya Shaaribu dalam mendapatkan keadilan.
Dalam ucapan tahniah kepada Mahathir bersempena pelantikan perdana menteri ketujuh itu , Battulga menyifatkan pembunuhan pada 2006 tersebut sebagai "jenayah berat".
"Selaku Presiden Mongolia, saya mengambil perhatian khusus terhadap jenayah berat yang dilakukan di Malaysia pada 18 Oktober 2006, pembunuhan seorang warga negara Mongolia, Altantuya Shariibuu, yang juga ibu kepada dua anak itu.
"Ia telah menciptakan sausana tidak menyenangkan dalam hubungan bilateral antara dua negara ini dan khususnya antara rakyatnya.
"Oleh itu, saya berharap agar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan memberi perhatian dalam melaksanakan keadilan, dengan keputusan mahkamah dan menyelesaikan saman keluarga korban secara saksama bagi mengukuhkan suasana dalam hubungan dua hala antara kedua negara ini," kata presiden Battulga (gambar).
Bapa dan dua orang anak Altantuya memfailkan saman sivil RM100 juta terhadap kerajaan persekutuan pada tahun 2007. Mahkamah belum lagi memutuskan kes saman itu.
Dua bekas komando polis yang bertugas menjaga keselamatan timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak pada ketika itu telah disabitkan dan dijatuhi hukuman mati kerana membunuh Altantuya.
Perbicaraan mahkamah tidak menjelaskan motif pembunuhan itu.
Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment