Pages

Sunday 13 May 2018

[Video Ini Jawapan Najib Bila Beliau Dan Rosmah Disenarai Hitam Oleh Imigresen!] Berkat Menabung...! Selepas Najib Undur, MAMPUKAH ZAHID HAMIDI PULIHKAN UMNO?

Ahad, 13 Mei 2018

Foto Otai BERSIH.
Berkat Menabung...idola nih idola..
Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.

SELEPAS NAJIB UNDUR, MAMPUKAH ZAHID HAMIDI PULIHKAN UMNO?


Berdepan desakan yang semakin membesar yang mahukannya segera meletakkan jawatan, Najib Razak mengumumkan pengunduran sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN, berkuatkuasa semalam.

Pengumuman yang yang dibuat itu hanya beberapa ketika sebelum Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bersama Wanita dan Puteri UMNO dijangka mengadakan sidang akhbar khas mendesak pengunduran Najib.

Sebelumnya, beberapa sayap Pemuda UMNO negeri-negeri yang selama ini kuat menyokong batang tubuh Najib, meskipun dianya terpalit dengan pelbagai kekotoran, sudah pun memulakan serangan meminta bekas Perdana Menteri itu bertanggungjawab atas kekalahan BN dan seterusnya meletakkan jawatan.

Termasuk beberapa desakan yang serupa di media sosial, andaian umum ialah timbulnya perkara itu tidak lain bertujuan untuk memprojekkan Khairy Jamaluddin untuk mengambil alih teraju kepimpinan UMNO dalam pemilihannya pada hujung tahun ini.

Bagaimanapun, dengan Biro Politik UMNO yang lebih dulu bermesyuarat dan mengumumkan pengunduran Najib sebelum sidang akhbar yang dijadualkan akan diadakan oleh KJ bersama Wanita dan Puteri UMNO pada jam 2 petang itu, Zahid Hamidi dan Hishammuddin Hussein akhirnya ditetapkan untuk menerajui parti yang sudah hilang kuasa itu.

Sidang akhbar yang dikicaukan oleh KJ melalui laman Twitternya beberapa jam sebelum itu tidak lagi kedengaran khabar beritanya selepas itu dan wajah beliau ketika sidang akhbar Najib juga ternampak tidak lagi  cerita.
Dalam pemilihan UMNO akan datang, hampir pasti Zahid Hamidi dan Hishammuddin akan disahkan jawatan sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO, manakala KJ akan kembali kepada perancangan asalnya untuk menduduki kerusi Naib Presiden UMNO saja.

Dalam hal ini, mampukah Zahid Hamidi memulihkan kembali UMNO dan mencipta kejayaan dalam pilihanraya akan datang?

Najib yang mungkin berdepan tindakan undang-undang berhubung skandal 1MDB dan dana RM2,600 juta tentu saja lebih selesa jika Zahid Hamidi dan Hishammuddin yang mengambil alih teraju kepimpinan UMNO berbanding KJ.

Sebabnya, kedua-dua pemimpin tersebut ada pertalian sentimental dan keluarga dengan Najib berbanding KJ yang memungkinkan mereka akan terus membawa UMNO untuk mempertahan dan membela bekas Presiden UMNO  itu dalam fasa-fasa yang berikutnya.

Tetapi, dari segi memulihkan UMNO, Zahid Hamidi pasti akan berdepan kesukaran dan cabaran yang besar. Zahid Hamidi bukanlah antara pemimpin terbaik dalam UMNO. 

Selama menjadi TPM sebelum ini pun banyak pertikaian dan kelemahan dikaitkan dengan dirinya dan hanya segelintir yang percaya beliau mampu melonjak ke tahap yang lebih tinggi jika BN terus memenangi pilihanraya. Selebihnya yakin jawatan TPM itulah yang paling tinggi mampu digapainya.
Kini dengan menerajui UMNO yang sudah tiada kuasa, duduknya Zahid Hamidi di kerusi Presiden UMNO bukan lagi satu kejayaan baginya. 

Cabaran Zahid Hamidi bukan saja untuk menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen untuk berhadapan dengan Tun Mahathir yang jauh lebih cerdik dan licik daripadanya, tetapi juga untuk menghadapi PRU15 nanti di mana ketika itu Anwar Ibrahim yang memiliki aura tersendiri dijangka akan mengambil alih kemudi Pakatan Harapan.

Berupayakah Zahid Hamidi  menghadapi kedua-dua tokoh hebat itu?
Lebih dari itu, cabaran lain ialah UMNO juga sedang menghadapi penghijrahan pemimpin dan ahli parti untuk menyertai lain-lain entiti. Berikutan tiada lagi kuasa, ramai yang tidak sanggup lagi bersama parti itu dan UMNO dipercayai akan terus mengecil dari semasa ke semasa.

Di masa yang sama, UMNO  mungkin bakal berdepan dengan isu pengharaman selepas ini. ROS yang kini berada di bawah kerajaan Pakatan Harapan tidak mustahil akan melakukan u-turn dengan mengeluarkan surat tunjuk sebab mengapa parti itu tidak boleh diharamkan kerana melanggar perlembagaan sendiri berikutan tidak mengadakan pemilihan melebihi tempoh yang ditetapkan.

Gandingan beliau dengan Hishammuddin bukan saja tidak ternampak ada kelebihan untuk membawa UMNO untuk pergi lebih jauh dan ke depan, malah juga untuk menghadapi semua cabaran itu.

Kedua-dua mereka ini hanyalah pemimpin yang boleh hidup dan bergaya jika ada kuasa bersama, bukan pembangkit semangat dan penarik sokongan rakyat yang benar-benar boleh diterima ketika tanpa kuasa.

Jika UMNO tidak mampu dipulihkan dan kalah lagi dalam pilihanraya seterusnya, setelah dalam PRU14 lalu beliau dan Najib membawa BN kehilangan kuasa buat kali pertama, catatan sejarah masa depan Zahid Hamidi khususnya, akan terus bertambah kelam dan hitam.

Realitinya tidak ada sesiapa yang pernah bersekongkol dengan Najib layak memimpin UMNO untuk membawa kepada kejayaan pada masa depan. Mereka akan terus dibayangi dengan salahlaku Najib yang gigih dipertahankan selama ini.

Ibaratnya UMNO dibawah Zahid Hamidi dan Hishammuddin hanya bersalin kulit saja, tetapi hati di dalamnya tetap ada Najib bersama mereka.

KJ yang dilihat bercita-cita mengambil alih teraju kepimpinan UMNO juga banyak masalahnya. Sejarah masa silamnya bersama budak-budak tingkat 4 yang menyebabkan bermulanya era suram dalam UMNO dengan pelbagai kecelaruan, tidak mudah dilupakan oleh sesiapa.

Jika tiada KJ dalam hidup Pak Lah, era kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri kelima mungkin tidak rosak dan mungkin juga tidak menyebabkan Tun Mahathir yang sudah pun bersara kembali aktif semula di pentas politik negara.

Bukan Zahid Hamidi, Hishammuddin atau KJ sebenarnya yang sesuai menerajui UMNO untuk masa depan. Kesemua mereka ini patut bersara berikutan ada kelemahan dan sejarah hitam masa lalu yang tidak mudah untuk dilupakan.

UMNO  jika mahu bangkit semula, ia memerlukan pemimpin yang benar-benar segar serta tidak pernah terpalit dengan apa jua kekotoran sebelum ini. (ShahbudinHusin 13/05/2018).

No comments:

Post a Comment