Pages

Sunday, 20 May 2018

[Video Kemuka Bukti! Polis Makan COKLAT Najib? Logo 1 Malaysia Di UTC Giat DiTurunkan, Najib pasti kecewa] Lakonan Cokelat, NAJIB OH NAJIB! Aikk...polis ambil coklat pun marah?

Ahad, 20 Mei 2018



Foto Suara Rakyat.
Jika terkena batang hidung sendiri tau pulak melenting, tapi jika dia sendiri belasah makan semua hak orang lain kenapa buat-buat bodo jer...

Sanggup guna taktik murahan demi meraih simpati rakyat. Tetapi masih ada lagi yg bodoh yang sanggup menelannya.

NAJIB OH NAJIB....

Najib Razak dilaporkan marah dengan anggota polis yang didakwanya mengambil coklat di dalam peti sejuk kondo mewah anaknya ketika membuat pemeriksaan di situ.

Aikk....ambil coklat pun marah?
Adakah pemimpin berjiwa rakyat perlu marah hanya kerana coklat?

Bukankah tidak lama sebelum ini Najib sendiri mengaku pernah menghabiskan coklat di dalam sebuah helikopter tentera kerana kelaparan?

Ada sesiapa marah kepada kepadanya?

Najib oh Najib....
Hari Selasa ini Najib akan dipanggil ke pejabat SPRM untuk diambil keterangannya berhubung siasatan mengenai dana SRC International, anak syarikat 1MDB yang pernah diterimanya selepas syarikat tersebut memperolehi pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen atau KWAP.

Jika siasatan memerlukan tempoh yang lebih lama, tidak mustahil permohonan reman akan dipohon dan Najib akan dipakaikan dengan pakaian oren dan seterusnya akan ditahan di lokap SPRM untuk beberapa hari.
Pada 1 Oktober 2017 yang lalu, Najib pergi ke SPRM di Putrajaya untuk merasmikan bangunan barunya yang tersergam indah dengan antara lain mengatakan, kompleks ibu pejabat itu adalah lambang kesungguhan kerajaan dalam memerangi rasuah.

Selaku Perdana Menteri ketika itu, Najib  juga menyumbang RM5 juta kepada Yayasan Prihatin SPRM yang berperanan menjaga kebajikan warga kerjanya.
Siapa sangka, dulu Najib ke SPRM untuk merasmikan bangunan barunya, hari Selasa ini beliau pergi lagi ke bangunan yang sama, tetapi untuk diambil keterangannya dan mungkin merasai pengalaman dipakaikan dengan baju berwarna oren pula.

Sekali lagi....Najib oh Najib...(ShahbudinHusin 20/05/2018).

No comments:

Post a Comment