Khabar Gembira Untuk Kakitangan Berpangkat Rendah Daripada Lim Guan Eng
Dr M rancang kurangkan hutang negara sebanyak 20 peratus
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad percaya beliau telah menemui cara untuk mengurangkan hutang negara kepada kira-kira RM800 bilion daripada jumlahnya sekarang sebanyak RM1 trilion.
Dalam satu temubual dengan stesen penyiar Voice of America, perdana menteri berkata rancangan itu sedang dibincangkan dengan rakan komponen Pakatan Harapannya yang memerintah.
"Kerajaan sebelumnya telah mengumpulkan sejumlah besar pinjaman dari negara lain, dari bank asing dan malah juga dari sumber-sumber tempatan.
"Jadi, perkara pertama yang perlu kita lakukan, tentu saja, adalah untuk memastikan bahawa kita mampu membayar pinjaman itu dan cuba mengurangkan jumlah prinsipal yang telah dipinjam," katanya.
Dr Mahathir berkata kerajaannya kini menghadapi isu hutang besar kerana ia telah mewarisi sistem kewangan yang telah "dimusnahkan" oleh pendahulunya, Datuk Seri Najib Abdul Razak.
"Nah, semasa saya selama 22 tahun menjadi PM dahulu adalah agak mudah. Saya mewarisi sistem yang sudah ada.
"Apa yang saya perlu lakukan adalah memperkenalkan idea-idea baru supaya kita dapat mempercepat pertumbuhan dan pembangunan Malaysia.
"Tetapi di sini, saya berurusan dengan sebuah negara yang sebenarnya telah musnah. Sistem kewangannya telah musnah," tegasnya.
Katanya, sistem kerajaan telah diabaikan dan tidak digunakan dan satu sistem baru, atau sebaliknya sistem autoritarian, telah diperkenalkan.
Menurut Menteri Kewangan yang baru, Lim Guan Eng, hutang negara - yang mengikut takrifannya termasuk jaminan kerajaan bagi pembayaran hutang pelbagai agensi serta pembayaran pajakan - kini berjumlah RM1,087.3 bilion, atau 80.3 peratus daripada KDNK, pada 31 Dis 2017.
Kadar hutang Putrajaya meningkat dengan pesat sejak Datuk Seri Najib Razak mengambil alih kuasa pada 2009. Bagaimanapun, beliau mendakwa nisbah hutang kepada KDNK yang dibekalkan oleh pentadbirannya adalah tepat dan mematuhi piawaian antarabangsa.
Beliau juga menuduh pentadbiran sekarang mentakrifkan semula hutang negara untuk tujuan politik dengan mengorbankan keyakinan pelabur.
Menurut VOA, Mahathir juga menolak tanggapan bahawa dia memikirkan semula untuk menghapuskan undang-undang Antiberita Tidak Benar, iaitu janji utama pakatan Harapannya menjelang pilihan raya umum pada 9 Mei.
Bagaimanapun, beliau berkata beberapa kawalan perlu dikekalkan terhadap media untuk mengelak berlaku ketegangan kaum.
Malaysiakini.
ReplyDeleteKABAR BAIK!!!
Saya selalu berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan peminjam yang meminjamkan uang tanpa membayar terlebih dahulu.
Jika Anda mencari pinjaman, perusahaan ini adalah semua yang Anda butuhkan. setiap perusahaan yang meminta Anda untuk biaya pendaftaran lari dari mereka.
saya menggunakan waktu ini untuk memperingatkan semua rekan saya INDONESIANS. yang telah terjadi di sekitar mencari pinjaman, Anda hanya harus berhati-hati. satu-satunya tempat dan perusahaan yang dapat menawarkan pinjaman Anda adalah SUZAN INVESTMENT COMPANY. Saya mendapat pinjaman saya dari mereka. Mereka adalah satu-satunya pemberi pinjaman yang sah di internet. Lainnya semua pembohong, saya menghabiskan hampir Rp35 juta di tangan pemberi pinjaman palsu.
Tanpa biaya transfer,
Pembayaran yang fleksibel,
Suku bunga rendah,
Tanpa biaya pendaftaran,
Layanan berkualitas,
Komisi Tinggi jika Anda memperkenalkan pelanggan
Hubungi perusahaan: (Suzaninvestment@gmail.com)
Email pribadi saya: (Ammisha1213@gmail.com)