Padang Timur bersama pimpinan PH tunggu keputusan rasmi PRU14
Pakatan Harapan (PH) akan menyediakan layar besar kepada penyokong untuk bersama dengan pimpinan menunggu keputusan rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam ini.
Pakatan Harapan akan menyediakan layar besar bertempat di Padang Timur (berhadapan Amcorp Mall, Petaling Jaya) bermula jam 6 petang ini.
Pengerusi JK Komunikasi dan Mobilisasi Mohamad Sabu berkata, demi saling menjaga keselamatan masing-masing, orang ramai dinasihat agar berkumpul di satu tempat sahaja dan elakkan daripada berkeliaran di kawasan yang tidak perlu ketika mendengar keputusan pilihan raya itu kelak.
SPR menutup pusat pembuangan undi tepat jam 5 petang tadi sebagaimana dimaklumkan Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.
Hari ini dianggarkan sejumlah 4.7juta orang keluar mengundi di 8,253 pusat mengundi seluruh negara. Sehingga jam 4.00 petang tadi dilaporkan sejumlah 78 peratus pengundi sudah menjalankan tanggungjawab mereka membuat keputusan memilih calon dan parti yang bakal memerintah bagi penggal baharu 2018-2023.
MD.
No comments:
Post a Comment