Pages

Thursday, 3 May 2018

[Video LIVE: Minum pagi bersama Nik Omar, Wan Azizah di Kg Cheras Baru] Masa berbaki Ust Nik Omar di Lembah Klang di manfaatkan sebaik mungkin & Mahkamah tolak permohonan Tian Chua.

Jumaat, 4 Mei 2018

Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.
Masa berbaki Ust Nik Omar di Lembah Klang di manfaatkan sebaik mungkin pagi ini di Bangi untuk menerangkan ruang perjuangan Islam yang boleh dimanfaatkan dalam Pakatan Harapan..
Foto Parti Amanah Negara.

Mahkamah tolak permohonan Tian Chua


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak saman pemula oleh bekas anggota parlimen Batu, Tian Chua bagi mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak membenarkan beliau bertanding di kerusi parlimen berkenaan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Hakim Datuk Nordin Hassan ketika membenarkan bantahan awal oleh pejabat Peguam Negara mengatakan pemfailan kertas pencalonan merupakan sebahagian daripada proses pilihan raya.
Beliau memetik Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan yang menyebut sebarang cabaran mengenai pilihan raya mesti dibuat melalui petisyen pilihan raya sebelum dikemukakan ke mahkamah tinggi.
"Oleh itu, kerana beliau mencabar penerimaan kertas pencalonan mesti dibuat melalui petisyen pilihan raya.
"Saya juga tiada bidang kuasa dan kuasa untuk mendengar kes-kes petisyen pilihan raya. Pemfailan saman pemula ini melanggar Perkara 118. Berdasarkan ini, permohonan itu ditolak tanpa perintah berhubung kos," katanya.
Tian Chua yang nama sebenarnya Chua Tian Chiang sebelum ini memohon deklarasi bahawa beliau layak dan berhak untuk bertanding bagi kerusi Parlimen atau negeri seperti yang termaktub dalam Artikel 48 (1) (e) Perlembagaan Persekutuan.
Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment