Pelantikan 10 menteri kabinet mungkin minggu ini - PM
Kerajaan akan mempercepatkan pelantikan 10 menteri Kabinet bagi membolehkan majlis angkat sumpah dan persidangan Dewan Rakyat diadakan secepat mungkin, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu berkata fasa pertama penubuhan kerajaan melibatkan pelantikan 10 menteri Kabinet diharap dapat diumumkan pada minggu ini supaya tugas kerajaan boleh dijalankan termasuk mengadakan mesyuarat Kabinet.
“Kerajaan boleh mengadakan mesyuarat Kabinet dengan 10 orang ini sahaja sementara kita isi 15 tempat lagi supaya kita dapat Kabinet penuh melibatkan 25 kementerian.
“Oleh kerana kita akan memakan masa, ada keperluan untuk kita mengadakan mesyuarat Parlimen secepat mungkin maka kita akan cuba percepatkan proses persidangan Dewan Rakyat dan angkat sumpah,” katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, di Putrajaya, hari ini.
Dr Mahathir berkata usaha mempercepatkan proses pelantikan menteri Kabinet itu juga penting bagi membolehkan kajian berkenaan undang-undang yang perlu dimansuhkan dan perkara berkaitan polisi kerajaan sedia ada dapat dijalankan secepat mungkin.
Perdana menteri berkata antara kajian semula terhadap undang-undang yang perlu dimansuhkan termasuk Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Akta Antiberita Tidak Benar 2018 dan undang-undang yang menyekat kebebasan dan hak bersuara.
“Kita tiada niat untuk mengekalkan Akta Antiberita Tidak Benar tetapi kita perlu juga buat kajian.
“Ini semua akan dilakukan, bukan sahaja berkenaan GST dan (akta) berita tidak benar, tetapi ada keperluan (kaji) undang-undang keselamatan negara dan beberapa lagi undang-undang berkenaan yang menyekat kebebasan rakyat,” katanya.
Pada Sabtu lepas, Dr Mahathir telah menamakan tiga menteri utama, iaitu Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan, Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri dan Presiden Amanah Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan.
Dalam pada itu, beliau berkata semua empat parti dalam PH iaitu PKR, DAP, AMANAH dan BERSATU telah mengemukakan calon menteri dan timbalan menteri masing-masing.
Perdana menteri berkata antara kajian semula terhadap undang-undang yang perlu dimansuhkan termasuk Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Akta Antiberita Tidak Benar 2018 dan undang-undang yang menyekat kebebasan dan hak bersuara.
“Kita tiada niat untuk mengekalkan Akta Antiberita Tidak Benar tetapi kita perlu juga buat kajian.
“Ini semua akan dilakukan, bukan sahaja berkenaan GST dan (akta) berita tidak benar, tetapi ada keperluan (kaji) undang-undang keselamatan negara dan beberapa lagi undang-undang berkenaan yang menyekat kebebasan rakyat,” katanya.
Pada Sabtu lepas, Dr Mahathir telah menamakan tiga menteri utama, iaitu Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan, Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri dan Presiden Amanah Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan.
Dalam pada itu, beliau berkata semua empat parti dalam PH iaitu PKR, DAP, Amanah dan BERSATU telah mengemukakan calon menteri dan timbalan menteri masing-masing. -Bernama
Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment