Pages

Wednesday, 16 May 2018

[Video Lori keluar dari rumah Najib curi tumpuan & Dr M: Boleh isytihar keluar Umno, sokong k'jaan tapi...] GANDINGAN HISHAMMUDDIN DAN KJ SEDANG GIAT DIPROMOSI UNTUK KETEPIKAN ZAHID HAMIDI?

Rabu, 16 Mei 2018

Dr M: Boleh isytihar keluar Umno, sokong k'jaan tapi...



Dalam keadaan tergesa-gesa dan hanya baru beberapa jam setelah kehilangan kuasa, Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor pada 10 Mei lalu telah menghantar surat kepada UMNO bahagian-bahagian seluruh negara berhubung pemakluman tarikh persidangan tahunan cawangan dan mesyuarat perwakilan bahagian-bahagian.

Tempoh yang ditentukan untuk UMNO cawangan-cawangan seluruh negara mengadakan persidangan tahunan ialah pada 19 Mei 2018, dua hari selepas ketibaan bulan Ramadan dan sehingga 10 Jun 2018 iaitu kira-kira seminggu sebelum Hari Raya Aidil Fitri.

Mesyuarat perwakilan bahagian-bahagian yang bersekali dengan pemilihan di peringkat bahagian dan Majlis Tertinggi ditetapkan serentak pada 30 Jun 2018.

Mesyuarat perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian-bahagian yang serentak dengan pemilihan Exco Wanita, Pemuda dan Wanita di peringkat pusat pula akan diadakan pada 23 Jun 2018.
Tindakan tergesa-gesa Tengku Adnan menghantar surat untuk mengumumkan tarikh mesyuarat cawangan dan bahagian iaitu kira-kira sehari selepas hari pengundian PRU14 yang menyaksikan UMNO sudah kehilangan kuasa, malah sanggup mengadakannya pada bulan puasa jelas membuktikan pucuk pimpinan UMNO sedar parti itu sudah melanggar undang-undang dan berdepan risiko diharamkan.

Mengikut perlembagaan parti, pemilihan UMNO mesti diadakan setiap tiga tahun sekali dan lanjutan tempoh hanya dibenarkan selama 18 bulan. Oleh kerana kali terakhir UMNO mengadakan pemilihan ialah pada 2013 dan lanjutan selama 18 bulan telah diumumkan pada 2015, tarikh akhir sepatutnya pemilihan diadakan ialah sebelum 19 April 2018 lalu.

UMNO bagaimanapun gagal mengadakan pemilihan sebelum tarikh 19 April itu dan disebalik pertikaian mula timbul mengenai statusnya, Tengku Adnan menyatakan ROS telah memberi kebenaran kepada parti itu untuk menangguhkan pemilihannya sehingga 19 April 2019.
Berdasarkan itu, UMNO sebenarnya telah menangguhkan pemilihannya selama 30 bulan, sedangkan perlembagaannya jelas memberi tempoh lanjutan daripada mengadakan pemilihan hanya selama 18 bulan sahaja.
Dengan itu, tindakan UMNO yang segera menetapkan tarikh pemilihan adalah bertujuan untuk mengelakkan kemungkinan ia diharamkan kerana ROS kini sudah berada di bawah kerajaan baru Pakatan Harapan.

Soalnya, apakah UMNO tidak boleh diharamkan hanya kerana Tengku Adnan cepat-cepat menetapkan tarikh pemilihannya sedangkan perlembagaan parti sudah pun dilanggari sebelum itu?

Di sebalik episod status UMNO yang semakin menarik untuk diperhatikan, kedudukan Zahid Hamidi yang kini memangku jawatan Presiden UMNO setelah Najib mengundurkan diri, dilihat mulai tidak selamat.

Sudah wujud petanda bahawa impian Zahid Hamidi untuk mengesahkan kedudukannya sebagai Presiden UMNO pada 30 Jun akan datang tidaklah semudah yang disangka.
Ini berikutan beberapa kumpulan pemimpin dalam UMNO didapati sudah mula bergerak untuk mempromosikan Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin sebagai bakal Presiden dan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan kali ini.

Selain bergerak menjalankan kerja kempen secara biasa dan bersemuka, beberapa grup whatsapp yang melibatkan pelbagai kategori pemimpin dalam UMNO turut diwujudkan bagi tujuan tersebut.

Perbualan dalam beberapa grup tersebut tidak diragui lagi mahukan gandingan Hishammuddin dan KJ untuk mengambil alih kepimpinan UMNO dan mengenepikan sama sekali Zahid Hamidi.
Mereka menganggap Zahid Hamidi sebagai pemimpin yang tiada "ummpphh" untuk membawa UMNO menghadapi cabaran masa depan menentang Pakatan Harapan setelah ia kalah baru-baru ini.

Terdapat juga kalangan dalam grup whatsapp itu yang merasakan Zahid Hamidi sewajarnya turut berundur bersama dengan Najib kerana kekalahan UMNO dalam pilihanraya lalu adalah juga beban tanggungjawabnya.
Namun demikian, di sebalik itu wujud juga pandangan lain yang merasakan untuk UMNO pulih semula, bukan saja Zahid perlu ditukar, bahkan seluruh kepimpinan UMNO di peringkat MT dan bahagian hendaklah juga dirombak dan disusun semula.

UMNO, kata kumpulan pemimpin berkenaan, mesti dibarisi oleh pemimpin baru yang berwibawa, bersih dan tidak terkait sama sekali dengan imej Najib yang menjadi punca utama kekalahan parti itu setelah 61 tahun memegang kuasa.
"Memang Zahid Hamidi bukan pilihan terbaik untuk menerajui UMNO, tetapi memilih gandingan Hishammuddin dan KJ sebagai peneraju akan menjadikan UMNO lebih buruk masa depannya kerana kedua-dua pemimpin tersebut lebih berjiwa raja daripada berjiwa rakyat.

"Hishammuddin terlalu lemah, berasal dari bangsawan dan merupakan sepupu Najib, manakala KJ pula mempunyai kesombongan yang keterlaluan serta hanya dikelilingi oleh grup elitnya saja," kata pemimpin berkenaan lagi. (ShahbudinHusin 16/05/2018)

No comments:

Post a Comment