Pasukan Petugas Khas akan bawa balik aset 1MDB
Pasukan petugas khas 1MDB yang dibentuk oleh kerajaan Malaysia akan memberi tiga tumpuan dalam tindakan mereka iaitu pengesanan aset, membawa balik aset hasil dari aktiviti kesalahan 1MDB dan mengambil tindakan jenayah ke atas pihak yang bersalah.
Menurut satu kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas mesyuarat pertama hari ini mereka berkata, tindakan jenayah ke atas pihak yang terlibat akan dibuat melalui Akta SPRM, AMLA dan Kanun Keseksaan.
“Pasukan Petugas Khas ini yang telah dilantik oleh YAB Perdana Menteri akan menjalankan tugas secara telus, adil dan juga profesional,” kata kenyataan bersama itu.
Ia ditandatangan oleh Tan Sri Abdul Gani Patail, Tan Sri Abu Kassim bin Mohamed, Datuk Seri Mohd Shukri Abdul dan Datuk Abdul Hamid Badol.
Mereka bermesyuarat buat pertama kali hari ini di ibu pejabat SPRM di Putrajaya dengan dipengerusikan bersama oleh ke empat-empat mereka.
MD.
No comments:
Post a Comment