Pimpinan keempat-empat parti komponen Pakatan Harapan menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta.
Angkat sumpah Menteri Besar Perak, petang ini.
ANGKAT Sumpah Menteri Besar Perak yang baharu akan berlangsung di Istana Iskandariah, jam 5 petang ini.
Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini berkata, waktu wakil Barisan Nasional (BN) menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang dijadualkan 9 pagi ini, ditunda ke 2 petang.
Beliau berkata, lanjutan waktu itu dibuat bagi membolehkan wakil kedua-dua pihak membuktikan bahawa mereka mempunyai sokongan dengan jumlah majoriti mudah bagi membolehkan kerajaan negeri baharu dibentuk.
“Pada mulanya begitulah (masa perjumpaan wakil BN jam 9 pagi) tetapi apabila wakil Pakatan Harapan minta sehingga jam 2 petang, maka ia tidak adil (untuk beri wakil BN masuk mengadap dahulu),” katanya.
Beliau berkata demikian kepada kumpulan pemberita yang menunggu di hadapan pintu masuk Istana Kinta di Ipoh, pagi ini.
Mohd Annuar berkata, ketika ini pihak Istana sedang menunggu panggilan daripada wakil kedua-dua pihak untuk meyakinkan Istana bahawa mereka mempunyai jumlah majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.
Beliau berkata, perkara itu penting kerana Sultan Nazrin tidak mahu menangguhkan penubuhan kerajaan kerana ia perlu disegerakan.
Katanya, persiapan bagi Istiadat Angkat Sumpah Menteri Besar Baharu sudah pun dibuat dan jemputan juga sudah diedarkan.
MyMetro.
No comments:
Post a Comment