Sogok SPRM, ini jawapan Azeez Rahim ketika dihubungi!
‼️TERKINI👇
PENGERUSI PTPTN PULA LETAK JAWATAN
Satu demi satu pengerusi lantikan politik meletak jawatan.
Terbaharu, Shamsul Anuar Nasarah melepaskan jawatan sebagai pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Katanya, surat peletakan jawatan itu telah dihantar 15 Mei lalu, susulan kekalahan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 9 Mei.
“Saya sudah letak jawatan 15 Mei lalu,” katanya hari ini.
Shamsul yang menerajui PTPTN sejak 2013 berkata, fokusnya sekarang hanya untuk berkhidmat sebagai ahli Parlimen Lenggong dan ahli Majlis Tertinggi Umno.
Pada pilihan raya umum ke-14 lalu, Anuar berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Lenggong yang disandangnya sejak 2008, selepas menewaskan calon Pas dan KEADILAN.
Semalam, Menteri Pendidikan yang baharu, Maszlee Malik berkata, kementerian itu akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN bagi mereka yang berpendapatan di bawah RM4,000.
Katanya, ia merupakan 10 janji dalam 100 hari pentadbiran Pakatan Harapan dan perkara itu antara fokus utama jawatankuasa khas yang diketuai bekas ketua pegawai eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan yang akan dibentuk dalam masa terdekat ini.
Tempoh seminggu untuk Isa letak jawatan pengerusi SPAD
Tan Sri Isa Samad diberi masa seminggu untuk meletakkan jawatan sebagai pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
"Saya harap sebagai bekas menteri, beliau boleh buat perkara yang betul dan letak jawatan.
"Pengerusi SPAD kena letak jawatan serta merta," kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Gesaan itu susulan pengumuman Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahwa SPAD akan dibubarkan.
Mahathir berkata peranan SPAD akan dikembalikan kepada Kementerian Pengangkutan.
Mengulas perkembangan itu, Isa dilaporkan akur dengan keputusan kerajaan menyifatkan ia dibuat selepas kajian sewajarnya.
"Kita (BN) pun pernah menjadi kerajaan dahulu. Kita kena hormatlah (keputusan), tentu ada sebab munasabah. Bagi saya, tidak ada masalah (SPAD dibubarkan)," katanya seperti dilapor BH Online.
Sementara itu, Loke turut membuat gesaan sama kepada lantikan politik lain dalam kementeriannya.
"Mereka tahu siapa mereka...saya tak mahu malukan sesiapa," katanya.
Katanya, kakitangan SPAD akan diserap dalam kementerian itu, tetapi mereka yang mempunyai bidang tugas bertindih tertakluk kepada keputusan kerajaan.
Kerajaan perlu menggu Dewan Rakyat bersidang sebelum membubarkan SPAD, memandangkan ia bawah Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010.
Buat masa ini, suruhanjaya itu akan meneruskan tugas seperti biasa, tetapi diletakkan bawah Kementerian Pengangkutan dan bukan lagi Jabatan Perdana Menteri.
malaysiakini.
No comments:
Post a Comment