Mahathir sedih, tanya "Apa lagi nak jual?"
Parti suci yang mengamalkan Matang dan Sejahtera ternyata lidah bercabang... Semalam cakap lain hari ni cakap lain... Perbuatan jelas menunjukan mereka ni golongan munafik dan pendedam..
"Hubungan kami bukan setakat di arena politik, malah lebih dari itu" - Ujar YB Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani tentang mantan Menteri Pertanian, Datuk seri Ahmad Shabery Cheek ketika Majlis penyerahan Nota Serah Tugas yang berlangsung pada tengah hari tadi di Wisma Tani, Putrajaya.
KENYATAAN MEDIA
RAKYAT MAHU BERSAMA MEMBINA NEGARA DI SAAT PAS MASIH BERMIMPI
1. Kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah yang tidak kisah PAS tidak menang di pusat dalam pilihan raya umum ke 14 kerana negara terlalu banyak berhutang menandakan lemahnya jiwa dan betapa kerdilnya semangat PAS dalam menghadapi kemelut politik negara. Bahkan dalam nada bersahaja beliau merasakan lebih baik Pakatan Harapan (PH) memerintah sekarang selama lima tahun untuk menyelesaikan hutang sebelum PAS mengambil alih kerajaan pusat dalam PRU akan datang.
2. Kenyataan beliau adalah jawapan mengapa PAS gagal menguasai negeri-negeri di Pantai Barat dan hanya mampu mentadbir Kelantan dan Terengganu sahaja. Mungkin daripada awal beliau dan pemimpin PAS sudah menghidu Pakatan Harapan (PH) akan memenangi Putrajaya lalu PAS mengambil langkah bersendirian dan tidak mahu bergabung kerana takutkan kemenangan yang menjadi sebab PAS menanggung bebanan hutang negara.
3. Saya amat hairan kenyataan seperti itu diungkapkan oleh seorang Naib Presiden sebuah parti Islam yang dianggap paling lama di negara ini. Tidakkah ini mencerminkan pemimpin PAS berfikiran pasif dan hanya mahu mengambil kesempatan terhadap politik negara daripada pihak lain tanpa berusaha membantu menyelesai masalah negara yang kronik dan rumit sekarang. Dalam maksud lain, PAS sebenarnya tidak tahu bagaimana menyelesai masalah negara dan tidak mahu menjadi sebahagian dari rakyat yang berusaha membangunkan negara tercinta hasil dari kerosakan oleh tangan-tangan pemimpin negara sebelum ini. Dalam keadaan rakyat banyak memberi input dan nasihat yang baik kepada kerajaan pasca PRU ke 14, PAS pula mengambil sikap berlepas diri dan beretorik politik.
4. Jika itulah kenyataan dan mentaliti pemimpin PAS, maka tidak hairan PAS tidak mampu melangkah jauh walaupun sudah berusia lebih daripada 60 tahun. PAS ketandusan pemimpin negarawan yang berjiwa besar dan memandang ke hadapan. Sepatutnya beliau memberi cadangan kepada kerajaan PH bagaimana mengembalikan negara di landasan sebenar, memulihkan ekonomi negara, membayar hutang-hutang negara, menghapuskan rasuah dan korupsi serta membebaskan semua agensi kerajaan yang ditekan selama ini.
5. Sikap pemimpin PAS yang masih berdelusi ini amat memalukan rakyat. Jika beliau masih merasakan PAS akan mendapat sokongan terbanyak, dan akan memenangi Putrajaya lima tahun lagi dengan sokongan rakyat, silakan beliau terus bermimpi di siang hari. Kepada rakyat, ayuh kita bekerja bersama bagi membina semula negara, tinggalkan mereka yang hanya mahu bersenang lenang dan hanya tahu mengambil kesempatan atas usaha kita bersama selama ini. Nanti kita akan kenal siapa yang benar ikhlas bekerja untuk negara, dan siapa pula yang hanya mahu mengejar jawatan dan kedudukan untuk kepentingan diri.
DATO’ HJ MAHFUZ OMAR
Naib Presiden AMANAH
Naib Presiden AMANAH
No comments:
Post a Comment