Najib hadir soal siasat kali kedua di ibupejabat SPRM
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya kira-kira jam 9.45 pagi untuk membantu siasatan berhubung kes SRC International Sdn Bhd.
Ini adalah pusingan kedua Najib hadir, selepas hadir selama kira-kira lima jam di ibupejabat SPRM itu pada hari Selasa.
Menurut Najib, sesi dengan SPRM dua hari lalu adalah kesinambungan yang lebih terperinci kepada sesi pada tahun 2015.
SRC International adalah anak syarikat 1MDB, sehinggalah ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada tahun 2012. RM42 juta wang SRC didakwa dipindahkan ke dalam akaun bank Najib, yang merupakan menteri kewangan ketika itu.
Pejabat Perdana Menteri, dalam satu kenyataan pada hari Isnin, mengumumkan penubuhan pasukan petugas 1MDB untuk melakukan penyiasatan terperinci, pengesanan aset serta pendakwaan terhadap individu yang melakukan kesalahan yang berkaitan dengan salah urus 1MDB.
No comments:
Post a Comment