Sejarah tercipta! Tun Mahathir angkat sumpah sebagai PM kali kedua
KUALA LUMPUR : Tun Dr Mahathir Mohamad dengan rasminya diisytihar sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh apabila istiadat mengangkat sumpah selamat berlangsung di Istana Negara, pada Khamis malam.
Beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.
Pemimpin-pemimpin kanan negara, pegawai kanan kerajaan dan dif-dif kehormat yang diundang, turut menjadi saksi peristiwa penting itu.
Selepas enam dekad, Balairong Seri sekali lagi menjadi lokasi bersejarah yang merakamkan detik peralihan politik setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang berusia 92 tahun itu juga mecipta rekod tersendiri apabila kembali dipilih untuk menyandang jawatan tertinggi pentadbiran negara buat kali kedua.
Selain daripada itu, beliau juga melakar portfolio istimewa apabila menjadi Perdana Menteri tertua di dunia, seperti yang dilaporkan media antarabangsa.
Beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.
Pemimpin-pemimpin kanan negara, pegawai kanan kerajaan dan dif-dif kehormat yang diundang, turut menjadi saksi peristiwa penting itu.
Selepas enam dekad, Balairong Seri sekali lagi menjadi lokasi bersejarah yang merakamkan detik peralihan politik setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Selain daripada itu, beliau juga melakar portfolio istimewa apabila menjadi Perdana Menteri tertua di dunia, seperti yang dilaporkan media antarabangsa.
Astro Awani.
Tun Mahathir angkat sumpah PM ke 7
Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 7 Khamis sehari selepas Pakatan Harapan (PH) diumumkan sebagai pemenang mengalah BN.
Majlis angkat sumpah itu diadakan di Istana Negara di hadapan Yang Dipertuan Agung, Sultan Muhamad ke IV tepat jam 9.45 malam.
Ini adalah pusingan kedua Mahathir menjadi perdana selepas menjawat jawatan itu selama 22 tahun sebelum ini.
Kalau dahulu beliau mewakili BN, kini beliau mewakili PH yang berjaya menumpaskan kerajaan BN dalam PRU ke 14.
Mahathir mendapat sokongan dari 135 ahli parlimen yang terdiri dari ahli parlimen dari PKR, DAP, Bersatu dan AMANAH di samping Warisan dan beberapa individu dari Sabah.
Majlis angkat sumpah berjalan lewat selepas tidak ada parti yang mendapat majoriti yang jelas untuk membentuk kerajaan.
MD.
No comments:
Post a Comment