Pages

Thursday, 10 May 2018

[Video Perdana Menteri: Apa yang berlaku di Sabah adalah suatu yang malang] 7 tokoh PAS tersungkur pertembungan 3 penjuru (BN - Pas - AMANAH).

Jumaat, 11 Mei 2018

7 tokoh PAS kecundang pertembungan 3 penjuru


Pilihan raya umum (PRU) ke-14 semalam menyaksikan beberapa tokoh PAS kecundang di peringkat pusat.
Antaranya Mursyidul Am PAS Hashim Jasin yang tewas dalam pertembungan tiga penjuru di palimen Arau menentang calon BN Datuk Seri Shahidan Kassim dan calon PKR Abd Rahman Daud.
Shahidan mendapat 16,547 undi, diikuti Abd Rahman 11,691 dan paling rendah Hashim yang sekadar meraih 11,362 undi.
Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Samad pula tewas pada Pengerusi AMANAH Selangor, Izham Hashim, dalam pertembungan tiga penjuru di Pandan Indah.
Iskandar meraih 7,517 undi, diikuti calon BN Haniff Koslan 8,528. Izham mendapat 24,914 yang memberi kemenangan mudah dengan 16,386 majoriti undi.
Sementara itu, AJK Pusat PAS Mokhtar Senik yang juga berdepan pertembungan tiga penjuru di parlimen Padang Besar tewas dengan hanya sekadar meraih 7,874 undi.
Calon PKR Izizam Ibrahim meraih 13,594 sementara calon BN Datuk Zahidi Zainul Abidin yang memenangi kerusi itu meraih 15,032 undi.
Di Parlimen Tanah Merah pula Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Johari Mat kalah tipis dengan calon BN Ikmal Hisham Abd Aziz.
Johari mendapat 25,223 sementara Ikmal mendapat 28,152. Sementara calon AMANAH Mohamad Fauzi Zakaria mendapat 4,747.
AJK Dewan Pemuda PAS Riduan Mohamad Nor pula yang kecundang di parlimen Besut kepada calon BN Datuk Seri Idris Jusoh.
Idris mendapat 34,335 undi, sementara Riduan mendapat 29,736 undi. Calon HARAPAN Wan Nazari Jusoh hanya meraih 6,864 undi.
Parlimen Bukit Gantang menyaksikan persaingan sengit antara Ahli Majlis Syura Ulamak PAS Idris Ahmad yang meraih 16,052 dan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Khadri Khalid yang mendapat 18,361.
Kerusi itu bagaimanapun dimenangi oleh calon BN Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal yang mendapat 22,450 undi.
Idris yang juga merupakan Ketua Lajnah Hal Ehwal Parlimen tewas dengan 4,089 undi di parlimen itu.
Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan tersungkur di parlimen Indera Mahkota dengan meraih 17,515 undi.
Beliau tewas kepada calon PKR Datuk Saifuddin Abdullah yang meraih 28,578 undi. Calon BN Datuk Dr Johan Mat Sah mendapat 17,628 undi di kerusi itu.
Untuk rekod, pada 2013, Nasrudin dengan tiket Pakatan Rakyat menentang Saifuddin yang ketika itu bersama BN menang tipis di parlimen Temerloh.
Kesemua kerusi yang menyaksikan kekalahan tokoh-tokoh PAS ini merupakan kerusi yang dengan pertembungan tiga penjuru antara PAS, HARAPAN, dan BN. 
Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment