Pages

Monday, 14 May 2018

[Video TERKINI~ Lim Guan Eng Nafi Dokumen tular Pemansuhan GST Berkuat Kuasa 1 Jun 2018] Mesyuarat demi mesyuarat majlis penasihat.

Selasa, 15 Mei 2018

Mesyuarat demi mesyuarat majlis penasihat

Sebaik saja penubuhan Majlis Penasihat Kerajaan diumumkan Sabtu lalu, anggotanya tidak melengahkan masa dan terus mengadakan mesyuarat pertama.
Beberapa lagi pertemuan diadakan sebelum pasaran kembali dibuka pada Isnin, kali pertama selepas pertukaran rejim.
Jurucakap majlis Datuk A Kadir Jasin berkata mereka telah membuat persediaan untuk pembukaan pasaran itu.
"Untuk beberapa hari lepas, kami bersedia untuk pasaran kembali dibuka. Kami sangat gembira dengan prestasi pasaran.
"Kami mengakui pasaran sememangnya agak kuat dan ia naik 20 mata atau 1.09 peratus. Ia bagus dan menunjukkan tiada saham dijual secara murah (untuk melepaskannya) di Bursa Malaysia.
"Anda boleh lihat prestasi ringgit. Ia menjadi kukuh sedikit dan itu bagus. Ia menunjukkan kestabilan dalam pasaran." katanya (gambar).
Menurut Bernama, Bursa Malaysia dibuka amat rendah pagi semalam akibat reaksi sementara susulan kemenangan Pakatan Harapan (PH) yang mengejutkan pada PRU ke-14.
Ia kembali meningkat kemudian. Indeks KLCI FBM meningkat 3.91 mata atau 0.21 peratus kepada 1,850.42 semalam.
Selepas PRU ke-14, nilai ringgit merosot kepada RM4.00 bagi AS$1.
Semalam, nilainya kembali pulih dan kembali ke tahap sebelum PRU iaitu pada RM3.95 bagi AS$1.
Masa itu emas
Kadir berkata Majlis Penasihat Kerajaan akan mengadakan lebih banyak mesyuarat bagi minggu-minggu mendatang.
"Ada lagi mesyuarat hari ini, kerana selain berjumpa dengan organisasi dan pegawai, kami juga memantau isu-isu harian.
"Kami tidak ada banyak masa dalam 100 hari dan jangkaan rakyat terhadap kerajaan amat tinggi. Kami perlu sentiasa bersedia. Kami bermula pada 10 Mei (sehari selepas menang)," kata bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Press (M) Bhd itu lagi.
Dari masa ke masa, majlis itu merancang untuk mengadakan sekurang-kurangnya pertemuan mingguan dengan media untuk memaklumkan perkembangan terbaru kepada masyarakat.
"Saya akan yakinkan perdana menteri untuk bertemu sekurang-kurangnya seminggu sekali dengan media. Kami akan lihat sama ada sudah mencapai sesuatu yang ketara, mungkin kita akan adakan satu (pertemuan), mungkin Jumaat, ia hari yang baik," katanya lagi.
Pada 11 Mei, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan majlis itu yang dianggotai lima individu sebagai penasihat kepada kerajaan untuk 100 hari pertama pentadbiran.
Majlis dianggotai bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin, bekas gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Presiden Petronas Tan Sri Hasan Merican, hartawan Tan Sri Robert Kuok dan pakar ekonomi Jomo Kwame Sundaram.
Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment