Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu beliau tidak akan membalas dendam kepada kepimpinan kerajaan Umno-BN sekiranya pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan Barisan Nasional (BN).
Dr Mahathir yang mengumumkan PH menang manjoriti besar lebih daripada jangkaan 112 kerusi yang melangkaui pengumuman rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Kami tidak mahu membalas dendam, kami hanya mahu memulihkan kedaulatan undang-undang negara,” katanya.
Dr Mahathir juga berkata bahawa beliau telah meminta ketua setiausaha untuk mengumumkan hari ini dan Jumaat sebagai hari cuti umum, seperti yang dijanjikan dalam jani Pakatan Harapan sebelum ini.
“Jadi, kamu mempunyai empat hari cuti tetapi tidak ada cuti untuk pemenang,”ujarnya yang merujuk kepada calon-calon PH yangmenang bertanding agar meneruskan kerja mereka.
Pada masa penulisan, PH mmendahului dengan 109 kerusi parlimen 6 kerusi dari Parti Warisan Sabah, manakala Barisan Nasional (BN) 99. Pas memenangi 18.
Sebanyak 112 kerusi daripada 222 dikehendaki membentuk majoriti mudah.
MD.
No comments:
Post a Comment