Pages

Wednesday, 30 May 2018

[Video TERKINI! SIDANG MEDIA PM] Bayaran khas penjawat awam RM400, RM200 dibayar 6 Jun & Satu negara, satu dunia ingin tahu apakah kesudahan siasatan ke atas Najib itu nanti.

Rabu, 30 Mei 2018

Foto Suara Rakyat.
Sejak SPRM giat siasat Najib berkaitan skandal 1MDB, tiba2 Najib tarik balik saman terhadap Tony Pua & Ling Liong Sik berhubung 1MDB, kenapa ??!

Adakah Najib seakan2 sudah tahu bhw kebobrokan Najib terhadap skandal 1MDB bakal terdedah kelak !!

Satu negara & satu dunia ingin tahu apakah kesudahan siasatan ke atas Najib itu nanti.

Bayaran khas penjawat awam RM400, RM200 dibayar 6 Jun

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan pemberian bayaran khas RM400 untuk penjawat awam bagi gred 41 dan ke bawah manakala RM200 untuk pesara kerajaan.
“6 Jun (akan dibayar),” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet kedua di Perdana Putra di Putrajaya hari ini.
Dalam sidang media itu Dr Mahathir turut mengumumkan bantuan sara hidup rakyat bagi menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan pentadbiran terdahulu.
“Memang berbeza, memang berbeza,” katanya apabila ditanya mengenai perbezaan antara bantuan sara hidup yang akan diperkenalkan dan BR1M.
Dr Mahathir turut mengumumkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan dimansuhkan pada September tahun ini dan digantikan dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
Mulai 1 Jun pula, GST berkadar sifar akan dikuatkuasakan, katanya.
- Bernama
Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment