Pages

Saturday 12 May 2018

[Video TOKOH TOKOH MAJLIS PENASIHAT NEGARA] Polis serbu apartmen dikaitkan dengan keluarga Najib.

Ahad, 13 Mei 2018

Hasil carian imej untuk cubaan pindahkan beg berjenama dipercayai milik Rosmah

Laporan: Polis serbu apartmen dikaitkan dengan keluarga Najib


Polis menyerbu sebuah apartmen mewah di Kuala Lumpur hari ini, yang didiami anggota keluarga bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bagi mencari dokumen sensitif yang dibimbangi kerajaan akan dibawa keluar dari negara, kata dua pegawai polis kanan.
Serbuan itu selepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau telah menghalang Najib keluar daripada negara kerana dakwaan salah laku berhubung skandal 1MDB.
Polis berkata mereka bertindak selepas satu laporan mendakwa kenderaan kerajaan membawa berdozen kotak berisi beg tangan berjenama dan barangan lain ke apartmen itu untuk diberikan kepada isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.
Rasa tidak puas hati orang ramai terhadap dakwaan korupsi itu dilihat sebagai antara punca kekalahan mengejut Barisan Nasional - yang sekian lama memerintah - pada pilihan raya umum Rabu lalu.
Najib berulangkali menafikan sebarang salah laku.
Jurucakap Najib tidak dapat dihubungi bagi mengulas perkara ini. Reuters juga tidak dapat menghubungi Najib, isterinya, anggota keluarga lain atau rakan terdekat.
Reuters melihat kira-kira 20 anggota polis memasuki lobi apartmen Pavilion Residences di ibu kota Malaysia itu, pada masa sama Mahathir mengadakan sidang media mengumumkan anggota kanan kabinetnya.
Mereka dibantu sekurang-kurangnya 12 lagi anggota penguatkuasa tidak beruniform. Anggota keselamatan memberi kerjasama dengan baik. Bangunan itu dimiliki Desmond Lim, seorang ahli perniagaan kaya dan penyokong Najib.
"Kami mencari dokumen kerajaan yang mungkin telah diambil secara tidak sah," kata seorang anggota polis kanan yang enggan dinamakan kerana tiada autoriti untuk bercakap dengan media.
"Kerajaan bimbang (dokumen) mungkin sensitif dan penting, dan berisiko dibawa keluar dari negara."
Beliau enggan menjawab sama ada dokumen itu telah ditemui dan berkata operasi "sedang berjalan".
Polis berkata anggota keluarga Najib tinggal di apartmen itu tetapi enggan mendedahkan nama mereka.
Kotak jingga
Tindakan polis susulan laporan yang dibuat dua pemimpin sayap pemuda parti Mahathir iaitu BERSATU.
Laporan itu, yang dilihat Reuters, mendakwa van yang memaparkan logo Jabatan Perdana Menteri menghantar kotak-kota berisi 50 beg tangan berjenama Birkin ke Pavilion Residence pada Khamis lalu.
Laporan itu mendakwa kotak tersebut menunjukkan nama penerima sebagai Rosmah Mansor.\
Dua gambar yang dilampirkan bersama laporan itu, yang turut dilihat Reuters, menunjukkan sebuah van dengan logo jabatan itu dan sebuah troli dipenuhi kotak-kotak berwarna jingga. Gambar itu tidak menunjukkan lokasi, tarikh dan kandungan kotak itu - termasuk sama ada memang ada beg tangan di dalamnya.
Menurut laporan itu, setiap beg tangan Birkin itu dianggarkan berharga $200,000.
Ketika ditanya sama ada Rosmah tinggal di apartmen tersebut, pegawai polis kanan itu hanya mengesahkan ia didiami "anggota keluarga" Najib.
Seorang lagi anggota polis yang terlibat dalam operasi menyifatkan mereka yang terbabit sebagai "VVIP".
Kedua-dua anggota polis itu berkata penyiasat tidak berminat dengan barangan mewah itu tetapi mencari dokumen yang mungkin amat penting bagi penyiasatan terhadap pentadbiran Najib.
Ke luar negara
Ketua Polis Kuala Lumpur dan seorang jurucakap rasmi polis tidak memberi maklum balas ketika diminta mengulas perkara itu.
Terdahulu, Najib berkata akan ke luar negara selama seminggu untuk berehat. Beberapa minit kemudian, Jabatan Imigresen mengumumkan beliau dan isteri telah dihalang untuk meninggalkan negara.
Mahathir, yang mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ketujuh Khamis lalu, berikrar untuk menyiasat dakwaan kehilangan berbilion ringgit daripada syarikat milik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang diasaskan Najib.
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mendakwa sejumlah AS$681 juta daripada 1MDB telah dipindahkan ke akaun peribadi individu yang dinamakan sebagai Malaysian Official One. Sumber AS dan Malaysia mengesahkan individu itu adalah Najib.
Najib pernah mengatakan wang itu adalah derma daripada anggota keluarga diraja Arab Saudi dan sebahagian besarnya telah dipulangkan.
Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment