Pages

Saturday, 2 June 2018

[Video Individu Ugut Bunuh Tun M Tampil Beri Kenyataan] LGE: 'Fail sulit merah' turut sembunyi kontrak rugikan kerajaan & SPRM tahan 2 anggota polis, wang tunai RM1.5j.

Sabtu, 2 Jun 2018

Foto Otai BERSIH.

Lim: 'Fail sulit merah' turut sembunyi kontrak rugikan kerajaan

Sebaik melangkah masuk ke Kementerian Kewangan, Lim Guan Eng dihadapkan dengan "fail sulit merah" - sebuah fail yang didakwa hanya dapat diakses orang tertentu.
Antara perkara yang terkandung dalam fail itu adalah penyelewengan dan skandal berkaitan 1MDB.
Dalam wawancara bersama Sinar Harian hari ini, Lim mendedahkan fail itu turut mengandungi kontrak kerajaan yang mempunyai syarat yang "luar biasa dan merugikan kerajaan".
Katanya, antara syarat itu seperti pembayaran mengikut tempoh masa dan bukannya tahap penyiapan projek.
"Biasanya kalau kerja siap 30 peratus, kita akan bayar 30 peratus. Tetapi ini tidak diamalkan. Kerja baru siap 30 peratus tetapi sudah dibayar 70 peratus. Mengapa?
"Kerana perjanjian dibuat bergantung kepada tempoh masa iaitu pembayaran dibuat setiap enam bulan, tak kira ada buat kerja atau tak buat kerja," katanya seperti dipetik.
Beliau berkata kerajaan akan menyiasat mengapa kerajaan terdahulu merangka kontrak sebegitu rupa yang menurutnya tidak berpihak kepada kepentingan negara.
Pada sidang media pertamanya sebagai menteri kewangan 22 Mei lalu, Lim mendedahkan tentang fail itu yang menurutnya telah menghalang pegawai dan juruaudit menjalankan tugas mereka dengan baik.
Katanya, hal itu dimaklumkan dalam taklimat oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Kewangan, Datuk Siti Zauyah Mohd Desa dan Ketua Audit Negara Tan Sri Madinah Mohamad.
Dalam wawancara itu, Lim mengimbas kembali bagaimana fail itu menyembunyikan tindakan kerajaan yang membayar hutang bagi pihak 1MDB.
Katanya, ia bertentangan dengan dakwaan 1MDB sebelum ini bahawa syarikat itu membayar sendiri hutang yang ditanggung.
"Kita akan cuba atasi kerana 1MDB ini adalah sejarah hitam yang kita akan ingat buat selama-lamanya," katanya lagi.
Mk.

SPRM tahan 2 anggota polis, wang tunai RM1.5j

Dua pegawai Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama wang tunai secara keseluruhannya kira-kira RM1.5 juta, Khamis lepas.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi Bernama hari ini mengesahkan tangkapan tersebut.
Beliau berkata dua pegawai kanan polis itu direman empat hari mulai semalam hingga Isnin ini untuk siasatan lanjut.
Dalam serbuan kira-kira 1 tengah hari itu, dua pegawai itu ditahan di sebuah kedai membaiki kereta di Subang Jaya bersama wang tunai, RM341,000.
Menurut sumber, penahanan kedua-dua pegawai yang masing-masing berpangkat Asisten Komisioner dan Asisten Superintendan itu turut membawa kepada rampasan beberapa kereta mewah dan sejumlah wang tunai di sebuah kondominium milik seorang suspek dan di pejabat STAGG di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur.
Kes disiasat mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.
-Bernama
Mk

No comments:

Post a Comment