Pages

Saturday, 9 June 2018

[Video A Kadir Jasin Letak Jawatan Ketua Media Majlis Penasihat Kerajaan] Buat cai2 Umno & pentaksub walaunta yg meroyan cerca hina Tun, Tun M dah lakukan sekarang! Dr M ulangi lagi: Anwar PM ke-8...Dua tahun itu bukan tempoh masa, ianya satu cadangan dan boleh jadi lebih awal, boleh jadi lebih lewat.

Sabtu, 9 Jun 2018

Foto Suara Rakyat.

Kita harus rasa berbangga kerana ada pemimpin yg sudah berusia lewat 93 tahun masih gagah & bersemangat utk terus berbakti kepada negara demi menyelamatkan negara dan memulihan ekonomi negara untuk menjadi sebuah negara yang berupaya.

"Bukan cara pinjam duit untuk membayar, sebab negara tidak patut berhutang lebih daripada kemampuannya. Kita belanja setakat kita mampu sahaja" -Tun Mahathir

Buat cai2 Umno & pentaksub walaunta yg meroyan cerca hina terhadap apa yg kerajaan PH & Tun Mahathir lakukan srkg ini terhadap negara pi lantak lah mereka. Mereka nak meracau ka apa ka itu dah mmg pe'el mereka sejak dari azali lagi yg tak boleh ditegur serta diubah. Bangkang dan terus jadi pembangkang & pembangang#DuluKiniDanSelamanya

#AnaFaham #PolitikMatang#KekalJadiPembangkang

Dr M ulangi lagi: Anwar PM ke-8

Di sebalik keraguan sesetengah pihak, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menegaskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pengantinya, sekali gus akan menjadi perdana menteri ke-8 Malaysia.
Kata Dr Mahathir, ketetapan itu dibuat sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu.
“Anwar Ibahimlah akan mengganti saya.
“(Dulu dah putuskan) perdana menteri Dr Mahahir, timbalan (Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail), yang menunggu jadi perdana menteri Anwar Ibrahim,” beliau dilaporkan sebagai berkata oleh Sinar Harian.
Dr Mahathir berkata buat masa ini tiada tempoh tertentu untuknya memegang jawatan perdana menteri.
Asalnya Pakatan Harapan menamakan Anwar sebagai calon perdana menteri semasa bersiap sedia menghadapi PRU ke-14 lalu.
Ia bukanlah asing kerana nama Anwar dijadikan pilihan pembangkang sejak PRU ke-13 lagi.
Bagaimanapun perkembangan semasa menyebabkan Dr Mahathir meninggalkan Umno dan menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Pada masa sama Anwar masih berada dalam penjara atas sabitan kesalahan meliwat yang dianggap bermotif politik.
Cuma satu cadangan
Hasil perbincangan dan persefahaman parti komponen HARAPAN mereka kemudian menamakan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri manakala Dr Wan Azizah timbalannya.
Percaturan itu menampakkan hasil apabila HARAPAN berjaya mengetepikan BN dari Putrajaya, selain menawan kebanyakan negeri di Malaysia.
Namun wujud kesangsian bahawa Anwar juga akan melepas daripada menjadi perdana menteri sekali lagi berdasarkan hubungan antara beliau serta Dr Mahathir yang membawa kepada tercetusnya gerakan reformasi pada 1998.
Anwar sudah mendapat pengampunan diraja baru-baru ini sekali gus membenarkan beliau menyertai politik pada bila-bila masa saja.
Tanggapan awal ialah Dr Mahathir akan diberi masa selama dua tahun untuk mengetuai kerajaan sebelum berundur bagi memberi laluan kepada Anwar menjadi perdana menteri.
Menurut Dr Mahathir pada waktu terdekat ini keutamaan beliau ialah mahu mengatasi pelbagai masalah yang dihadapi negara termasuk memulihkan ekonomi.
“Dua tahun itu bukan tempoh masa. Dia adalah satu cadangan. Tetapi kita tidak tetap. Boleh jadi lebih awal, boleh jadi lebih lewat.
“Keutamaan adalah mengembalikan kekayaan negara, ekonomi negara menjadi sebuah negara yang berupaya,” katanya.
Pada 7 Febuari lalu Dr Mahathir berkata tempoh dua tahun cukup untuknya “menyelesaikan masalah yang ditinggalkan” Datuk Seri Najib Razak.
Mk.

No comments:

Post a Comment